Berita Terkini

Thailand bakal mempunyai Perdana Menteri wanita pertama

Yingluck Shinawatra bakal perdana menteri Thailand
Adik bongsu kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, mengumumkan satu perjanjian hari ini untuk membentuk kerajaan selepas Parti Pheu Thai beliau memenangi kemenangan besar dalam pilihan raya Parlimen Thailand.

Yingluck Shinawatra, 44, yang mana abangnya telah digulingkan daripada jawatan Perdana Menteri oleh rampasan kuasa tentera tahun 2006, sudah bersedia untuk menjadi pemimpin wanita pertama Thailand selepas undi yang menandakan kemunculan semula untuk politik Thaksin, bekas pemilik Manchester City.

Parti Pheu Thai memperolehi 265 kerusi menewaskan parti Demokrat pimpinan Abhisit Vejjajiva yang mendapat 160 undi. Keseluruhan kerusi parlimen berjumlah 500 kerusi.

Yingluck secara meluas dianggap sebagai proksi abangnya, yang mana telah memanggil beliau sebagai 'klon saya'.

Thaksin yang digulingkan sebagai Perdana Menteri selepas dituduh rasuah dan menunjukkan tidak hormat kepada raja yang amat dihormati di negara itu, telah dihalang daripada politik pada 2007 dan disabitkan atas tuduhan rasuah pada tahun kemudiannya.

Beliau hidup dalam buangan di Dubai, dan terdapat khabar angin bahawa beliau kini boleh kembali ke negara asalnya.


[dailymail.co.uk]


Bolehkah wanita menjadi pemimpin menurut Islam?

Walaupun adakalanya nampak bagus jika wanita menjadi pemimpin negara, kononnya berjiwa lembut, berjiwa keibuan, memahami hati dan sebagainya, namun Islam melarang wanita menjadi pemimpin.

Dalam sebuah rumahtangga pun wanita tidak boleh menjadi pemimpin (melainkan ketika suami tiada, maka dia mewakili suami), apa lagi dalam sebuah negara. Dalam solat jemaah pun jika ada lelaki maka wanita tidak boleh menjadi pemimpin solat @ imam.

Begitu juga wanita tidak boleh menikahkan dirinya sendiri melainkan mesti ada seorang wali. Dan macam-macam lagi sebab mengapa wanita tidak boleh jadi pemimpin termasuklah sentiasa mengalami haidh, beranak, emosi sentiasa tidak stabil, keluar rumah pun mesti ditemani muhrim dan sebagainya.

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka menafkahkan sebahagian harta mereka." (Surah an-Nisa : Ayat 34)

"Tidaklah aku pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya sehingga dapat menggoyangkan laki-laki yang teguh selain salah satu di antara kalian wahai wanita." (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

"Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita". (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

"Tidak akan berjaya suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita (mengangkat wanita sebagai pemimpin)." (Hadith Riwayat Al-Bukhari , At-Tirmizi dan An-Nasaie)

Jika wanita mahu juga menjadi pemimpin, maka keadaan sudah menjadi tidak sistematik lagi dan bercelaru. Masing-masing lelaki perempuan mahu memerintah antara satu sama lain. Lama-kelamaan dunia akan menjadi semakin haru-biru.

Maka Malaysia pula jangan pandai-pandai mahu bercita-cita dan melantik wanita menjadi ketua negara lah nanti. Sebelum bala bencana yang lebih dasyat menimpa. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.