Berita Terkini

Tips untuk mengatasi Insomnia (payah tidur malam)

Susah untuk tidur malam merupakan satu gangguan yang menyusahkan, terutamanya bagi mereka yang mahu bangun awal pagi untuk bekerja. Gangguan tidur atau insomnia ternyata boleh mengganggu kesihatan tubuh. Bahkan insomnia yang berkepanjangan boleh memicu tekanan jiwa @ depresi.

Insomnia adalah satu bentuk gangguan tidur yang ditandai dengan gejala-gejala seperti selalu merasa letih dan lelah sepanjang hari dan secara terus-menerus (lebih dari sepuluh hari) mengalami kesulitan tidur. Atau penderita sering terbangun di tengah malam dan tidak dapat kembali tidur. Seringkali penderita terbangun lebih cepat dari yang diinginkannya dan tidak dapat kembali tidur.

Beberapa tips berikut yang asalnya ditulis dalam Yahoo Health, dan diolah sedikit, mungkin dapat membantu penderita insomnia agar segera terlelap tidur.

1. Hanya gunakan tempat tidur untuk tidur, bukan untuk membaca, melakukan pekerjaan pentadbiran, menonton televisyen, makan makanan ringan atau membuat panggilan telefon.

2. Jika anda telah berbaring di tempat tidur, tetapi rasa mengantuk tidak datang-datang, cubalah beberapa teknik ini: Menghitung domba atau menghitung mundur dari 100 untuk menghentikan diri dari memikirkan berbagai macam masalah kelmarin atau besok hari. Setelah itu, tarik nafas panjang selama beberapa saat secara mendalam, tahan beberapa saat, kemudian hembuskan. Atau boleh juga melihat beberapa sudut di kamar anda dengan saksama, sehingga mata pun lelah dan ngantuk akan segera datang.

Bagi yang Muslim, jangan lupa baca doa dan ayat-ayat AlQuran setakat termampu. Selain dari untuk mendapatkan keberkatan, ia juga boleh menyebabkan rasa mengantuk dan penat datang.

3. Jika anda tidak boleh tidur setelah berbaring di tempat tidur selama 30 minit atau lebih, apa yang harus dilakukan? Cubalah untuk membaca sesuatu yang sangat membosankan, membiasakan rutin tidur dari jam biasanya, atau lebih cepat dari jam sebelumnya.

4. Sebelum tidur sebaiknya anda menghindari tembakau dan minuman yang mengandung kafein (tidak hanya kopi, tapi minuman lain seperti teh dan soft drink).

5. Hindari alkohol sebelum tidur. Bila minum-minum mungkin membuat anda berfikir dapat segera memberikan rasa ngantuk yang ternyata tidak tepat. Kerana anda boleh segera tidur, dan kemudian bangun dan sulit untuk tidur kembali kerana efek dari alkohol yang diambil.

Sebaliknya, bila anda memilih untuk makan malam beberapa jam sebelum tidur, penyelesaian ini lebih tepat. Ini kerana, makan beberapa jam sebelum tidur dapat membuat tidur terasa lelap.

6. Hindari tidur di depan televisyen, dan cubalah bangun pada waktu yang sama setiap hari bukan tidur seperti di hujung minggu. Latihan setiap hari untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama adalah untuk melatih adrenalin anda.

7. Beli katil dan rekabentuk kamar tidur anda dengan ventilasi (sistem pengudaraan) yang baik serta atur suhu udara yang membuat anda cepat mengantuk.

8. Anda juga dapat mencuba beberapa cara lain, di antaranya, mandi air hangat, menikmati segelas susu hangat, saling mengurut dengan suami / isteri atau mendengar musik klasik (bagi Muslim dicadangkan mendengar bacaan AlQuran atau nasyid).

9. Gunakan penutup telinga bila anda termasuk orang yang tidak boleh terlelap bila mendengar suara bising.


Pokok pangkalnya, tubuh yang menjadi segar dan aktif pada waktu malam itulah yang menyebabkan jadi payah untuk tidur awal pada waktu malam.  Maka cara-cara di atas adalah untuk membuat tubuh makin penat dan mata jadi lesu agar mudah untuk tidur dan lelap.

Begitu juga kalau sudah sentiasa diamalkan tidur lewat, dan tubuh menjadi cergas pada lewat malam, maka kebiasaan itulah yang akan membuatkan kita menjadi ketagih atau suka tidur lewat. Lama-kelamaan ianya menjadi satu tabiat dan akhirnya menjadi satu penyakit.


[Diolah dari suaramedia.com]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.