Video-video di bawah adalah video yang dah agak lama, kalau tak silap saya dalam tahun 2006, diterbitkan dalam rancangan History Channel, berkenaan dengan pengkajian tentang 'Kejuruteraan Alien' @ 'Kejuruteraan Makhluk Asing' ke atas sebuah piring terbang yang kononnya ditemui terhempas di sebuah padang pasir beberapa tahun dulu.
Tetapi saya tengok, piring terbang yang kononnya berada dalam sebuah tempat menyimpan pesawat udara rahsia itu lebih kepada CGI ataupun grafik komputer saja. Apa lagi mereka tidak menonjolkannya secara details, tetapi secara sekilas pandang begitu saja, lebih-lebih lagi di bahagian dalamnya.
Sebelum anda menyaksikan video-video di bawah, adakah anda sudah membaca tentang Teknologi-teknologi yang mungkin telah digunakan pada piring terbang UFO? Diharap dapat bacanya dulu agar mudah faham jalan cerita kita seterusnya ini.

Kajian terhadap piring terbang ini dilakukan untuk dekod teknologi yang digunakan pada piring terbang tersebut , oleh pengkaji, ahli fizik, jurutera, ahli astronomi, tentang bagaimana ia dikawal, aerodinamik, tujahan.
Mereka cuba belajar bagaimana kononnya piring terbang itu mengembara melalui angkasalepas dan bagaimana ia terbang di ruang atmosfera Bumi. Juga dikaji tentang anti graviti, melawan inersia, terbang selaju cahaya dan sebagainya.
Antara bentuk-bentuk UFO yang biasa ditemui di mana-mana ruang angkasa di bumi ini ialah bentuk piring terbang (yang paling banyak), bentuk silinder macam batang rokok, bentuk menyala-nyala di waktu malam di langit, dan juga bentuk segitiga seakan boomerang.
Bentuk yang seakan segitiga boomerang itu kini kononnya digunakan oleh kapal terbang Stealth Bomber milik AS itu. Tetapi jika ditengok dalam video bahagian 1 di atas, bentuk seperti itu telah pun pernah digunakan dulu ketika Perang Dunia Kedua, bermakna sudah lama dicipta.
Teknologi pesawat tanpa sayap yang bukan seperti kapal terbang biasa pula kini telah digunakan pada kapal terbang hipersonic seperti yang dibina dan diuji oleh NASA.

Mereka cuba mahu menunjukkan bahawa kononnya ada 'Alien' dari planet atau galaksi lain yang cuba datang ke bumi. Tetapi bagi saya, dan telah ada banyak bukti lain, berpendapat bahawa piring-piring terbang UFO itu hanyalah propaganda oleh kerajaan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya saja.
Sama seperti propaganda tentang manusia menjejak kaki di bulan, Alien dari planet Marikh dan sebagainya lagi. Semuanya adalah 'hoax' atau satu penipuan.

Kejuruteraan Alien