KUALA LUMPUR 23 Jun - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.
"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini tadi.
Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.
Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.
Sehubungan itu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.
"Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.
Sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri sebagai himpunan aman, sekiranya berlaku perkara tidak diingini dalam pehimpunan itu, ianya bukanlah didatangkan oleh ahli-ahli PAS dan mereka yang menyertainya.
Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan kerajaan BN, atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini.
"Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya.
Umno dan Kerajaan BN, katanya, tidak perlu takut dengan perhimpunan tersebut kerana ia tidak sekali-kali terfokus kepada perkara-perkara tidak diingini, tetapi hanyalah terhadap pilihanraya di negara ini.
Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara.
"Pilihanraya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0.
"Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.
Pihak Umno dan Kerajaan BN, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut diadakan kerana ia juga pasti memberikan kesan yang positif kepada pihak pemerintah sendiri.
"Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam.
"Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan Kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau.
Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan tersebut akan mengancam mata pencarian para peniaga dan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas, malah perhimpunan itu sendiri akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga.
"Mereka yang menyertai perhimpunan itu cukup besar jumlahnya dan mereka pasti akan berbelanja. Jadi, para peniaga sendiri pasti akan mendapat keuntungan besar dengan adanya perhimpunan itu.
"Manakala sepanjang perhimpunan diadakan pula, para pelancong asing pasti akan turut tertarik melihatnya kerana ia dilakukan dengan baik dan aman sehingga mereka sendiri akan kagum dengan keamanan di negara kita.
"Tetapi jika pihak polis sendiri yang membuat provokasi, suasana itu pasti berbeza. Jadi yang mengubah keadaan itu bukannya pihak penganjur dan pesertanya, tetapi pihak polis, pihak Umno dan pihak Kerajaan BN sendiri," tegas beliau.
Semoga kerajaan Malaysia dapat memberikan kerjasama atas niat perhimpunan yang bersih dan murni itu, tanpa perlu mengupah atau menghantar mana-mana pihak untuk melakukan provokasi.
Perhimpunan Bersih 2.0 diadakan serentak di luar negara
Himpunan Bersih 2.0 itu nanti akan diadakan serentak di luar negara juga iaitu antaranya di Amerika Syarikat. Ianya diusahakan oleh rakyat Malaysia yang menetap di luar negara sendiri untuk turut sama dalam menyokong Bersih 2.0.
Menurut jawatankuasa Bersih 2.0, perarakan akan diadakan di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada pukul 3 petang, pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di Canberra, Melbourne dan Sydney pukul 12 tengah; Tower of the Sun, Osaka di Jepun 3 petang; pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles 10 pagi; Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco (9.30 pagi) dan pejabat konsul Malaysia di New York (10 pagi).
“Bersih 2.0 meminta rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Australia mengambil bahagian dalam perarakan itu jika mereka juga percaya bahawa perlunya pilihan raya bersih, bebas dan adil di Malaysia.
“Rakyat Malaysia di luar negara juga perlu datang dan menuntut hak undi pos pada pilihan raya umum ke-13,” katanya lagi.
Perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai di sini belum memperolehi permit polis.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata Bukit Aman akan memanggil penganjur Bersih 2.0.
Turut akan dipanggil ialah pemimpin Perkasa dan Pemuda Umno yang bercadang mengadakan perarakan balas pada hari yang sama.
Dalam kenyataannya, jawatankuasa itu juga berkata, program jelajah seluruh negara menjelang perhimpunan 9 Julai akan diadakan di beberapa bandar.
Ia termasuklah di Kompleks Muhibbah, Jalan Taugeh 24/17, Persiaran Sultan, Seksyen 24, Shah Alam pada pukul 10 malam esok dan disusuli di Dewan Asam Jawa, Kuala Selangor pada pukul 8.30 malam keesokan hari.
Program itu juga akan diadakan di Pusat Aduan Rakyat Kempas, Taman Dahlia, Johor Baru pada pukul 8.30 malam Sabtu ini.
Perhimpunan di Dataran PSM, Taman Orkid, Sungai Siput akan diadakan pada pukul 8.30 malam Ahad ini.
[Malaysian Insider]
* Update 26 Jun 2011
Himpunan Patriot lawan Bersih 2.0 dilancar
KUALA LUMPUR, 26 Jun - Himpunan Patriot anjuran Pemuda Umno dan Kelab Putra 1Malaysia dilancarkan hari ini bagi mewakili suara orang ramai dalam menentang Himpunan Bersih 2.0 yang akan dianjurkan pada 9 Julai ini.
Pengerusi bersama himpunan itu, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata pihak mereka akan bertindak sebagai badan bagi mewakili suara ‘majoriti senyap’ yang menurutnya pada perhimpunan haram yang sama pada tahun 2007, tiada medium untuk mereka menyampaikan tentangan.
“Oleh itu kami berasa terpanggil untuk bagi tahu pada (penganjur) perhimpunan haram ini supaya hentikan niat mereka kalau mereka tidak mahu berdepan dengan apa jua yang akan dilakukan generasi muda yang dikatakan tadi ‘majority senyap of rakyat Malaysia’,” katanya dipetik Bernama Online.
Justeru, beliau meminta agar penganjur Himpunan Bersih 2.0 supaya memilih cara yang lebih profesional bagi menyampaikan apa yang dihajat dalam memorandum mereka.
“Kami minta kalau betul mereka nak sampaikan memorandum itu, tak payah bawa sehingga 10,000 orang, saya minta mereka hantar empat ke lima orang pergi ke pejabat Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Istana serahkan memorandum itu, kerana pihak istana dan SPR sedia menerima,” katanya.
Sementara itu, ketua penyelaras Himpunan Patriot, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penganjur Himpunan Bersih 2.0 itu sebenarnya mempunyai niat jahat di sebalik perkara-perkara yang dibawa mereka di dalam memorandum.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)