Berita Terkini

Saling cabar-mencabar keluar parti, apa kes .......

Dulu pun pernah terjadi saling mencabar keluar parti, tetapi akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi pula. Apa kes sebenarnya saling mencabar keluar parti ni? Kemukakan lah hujjah masing-masing agar kita dapat tengok mana yang lebih kuat hujjahnya, tidak perlu ambil langkah mee segera dengan mencabar orang lain keluar parti masing-masing.

Saya syorkan, mari kita sesama Islam tidak kira Melayu, Cina, India atau apa saja bersatu padu, kemudian keluar parti masing-masing dan tubuhkan satu kerajaan Islam yang melaksanakan Undang-undang Islam yang WAJIB kita semua laksanakan. Habis cerita .......

Tidak perlu ikut suara rakyat ke apa ke, tengok lah negara mana pun, kalau ikut suara rakyat sampai bila pun negara tidak akan bersatu kerana rakyat bukannya bersatu hati belaka.

Adalah sebaiknya kita ikut sahaja apa yang disuruh oleh Tuhan kerana Tuhan adalah pemilik alam ini, Dia mengetahui segala isi hati kita semua dan tahu apa yang terbaik bagi kita, bukannya rakyat :P

Zahid cabar DAP keluar Pakatan Rakyat hadapi PRU-13

BAGAN DATOH, 25 Mei — Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) mencabar DAP supaya keluar daripada pakatan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata dengan bertanding atas “tiket sendiri” tanpa ada apa-apa pakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, ia dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat.

“Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai ‘anak jantan’,” katanya dipetik Bernama Online malam tadi.

Menteri Pertahanan itu mengulas kenyataan Setiausaha Agung Lim Guan Eng semalam, mengumumkan DAP tidak akan bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum di negeri-negeri diperintah PR jika kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tahun ini.

Zahid berkata kenyataan DAP itu lebih bersifat politik yang sengaja ditimbulkan semata-mata untuk mencari publisiti murahan.

[Malaysian Insider]


Kalau berani, ayuh Umno keluar BN

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Umno boleh keluar daripada BN jika merasakan sudah mendapat sokongan kuat dari orang Melayu.

“Kita sudah cadangkan berulang kali sekiranya Umno merasakan dia sudah mendapat sokongan kuat dari orang Melayu ayuh dengan segera keluar dari BN,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian sebagai kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar DAP supaya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan'," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan komputer riba '1Malaysia' kepada 2,876 pelajar sekolah menengah dalam Parlimen Bagan Datoh, semalam, sebagaimana laporan Bernama.

Beliau menyatakan perkara itu sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengumumkan DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.

“Saya melihat Zahid sudah hilang pertimbangan akal yang waras dan sudah bercakap ‘merapu’ bila beralasan dengan bertanding atas ‘tiket sendiri’ tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, DAP dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat,” kata Khalil yang juga Adun Titi Serong.

Katanya, Zahid yang juga Menteri Pertahanan dilihat sudah mengulas sesuatu yang lari dari tajuk dan persoalan yang sebenar dan menyebabkan dia dilihat sebagai seorang pemimpin Umno yang tidak ada pandangan yang jauh dan tidak melihat kepada realiti yang sebenarnya.

“Orang bercakap mengenai bidang kuasa menteri besar dan ketua yang ada pada kerajaan negeri yang boleh menasihati Sultan atau Yang Dipertua Negeri untuk tidak membubarkan Dun walaupun parlimen telah dibubarkan, apa lagi tidak cukup tempoh 5 tahun,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kenapa jauh sangat Zahid mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan dan apa pula istemewanya jadi ‘anak jantan’ kalau keluar dari Pakatan seperti yang dikatakannya.

Hakikat sebenarnya, kata beliau Umno sekian lama ‘pondan’ disebabkan tidak berani keluar dari BN.

Khalis menambah, sebenarnya sistem 2 parti iaitu Pakatan Rakyat dan BN adalah realiti yang mesti diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.

Justeru, katanya jangan pula Zahid cuba menutup kelemahan Umno sendiri yang terus bergayut di dalam BN dan dalam waktu yang sama mencabar DAP keluar dari Pakatan.

[Harakah Daily]


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak cabar UMNO Keluar BN

14 Mei - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencabar Umno keluar daripada Barisan Nasional (BN) terutama di Negeri Perak jika benar mahu membincangkan perpaduan Islam / Melayu yang menjadi teras perjuangan antara PAS dan Umno. Ini kerana MCA yang turut menjadi Kompenan BN acap kali menghina Islam / Melayu tanpa Umno sebagai parti teras tidak mampu menegakkan Islam dan Melayu di dalam BN itu sendiri.

DPPN Pk merasakan sudah tiba masanya Umno meninggalkan BN jika benar Umno ingin menegakkan Islam dan memelihara Melayu di dalam Negara ini. Pelbagai kritikan MCA terhadap Islam dan Melayu, malangnya Umno masih mampu berdiam diri tanpa membetulkan keadaan. Jika benar ingin memperkatakan tentang Islam / Melayu, tindakan pertama adalah keluar daripada BN terlebih dahulu. Umno jangan jadi alat kepada MCA untuk merendahkan Islam / Melayu yang kini telah rosak di mata rakyat.

DPPN Pk merasakan Umno telah jauh menyimpang daripada asas Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang selama ini dipegang oleh rakyat Malaysia. Umno sangguh membiarkan Islam / Melayu direndahkan oleh rakannya MCA tanpa menegaskannya sepertimana dituntut di dalam Perlembagaan Negara. Kita sama-sama tunggu jika benar Umno berani meninggalkan MCA demi Islam / Melayu yang sejati!

[Tranungkite Online]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.