Lama tak dengar perkembangan seorang penyanyi dan komposer lagu dangdut terkenal tanahair suatu ketika dulu iaitu Iwan. Tak sangka, watak dan penampilannya amat berlainan sekali sekarang.
Kalau dulu dia terkenal dengan lagu-lagu yang asyik goyang-goyang tubuh iaitu dangdut, tetapi kini setelah dia mula mendekatkan diri kepada agama, dia muncul kembali dengan sebuah album, tetapi album yang memuatkan lagu-lagu yang berunsurkan keTuhanan.
Berserban adalah imej hariannya sekarang. Walaupun begitu, jiwa seninya masih ada dan dia menggunakan kelebihan yang ada itu untuk mencipta lagu-lagu yang berunsur kerohanian dan keTuhanan. Syabas Iwan.
Iwan juga menggunakan nama baru itu Iwan Syahman (nama sebenarnya Wan Syahman). Pelancaran album tersebut diadakan di Restoran Andalusia, Kuala Lumpur hari ini.
Alhamdulillah, lepas sorang-sorang artis Malaysia berubah ke arah yang lebih baik dan soleh. Semoga Iwan dapat istiqomah dan mengajak peminat-peminatnya ke arah kebaikan dan mendekatkan diri kepada Tuhan.
Saya minat dengan lagu2 dangdut nya. Lagu "Memori Daun Pisang" best.. hehehhehe..
BalasPadamAlhamdulillah. Semuga lebih ramai yang akan berubah arah dan akan kekal dijalan Nya.
alhamdulillah,semoga allah memberkati usaha abg iwan.
BalasPadam