Berita Terkini

500,000 rakyat Bangladesh di Malaysia akan didaftar menerusi biometrik

Ramainya rakyat Bangladesh di negara ini!  Belum campur rakyat dari negara lain lagi, terutamanya dari Afrika yang sering datang berduyun-duyun dan memberikan banyak masalah pada masyarakat sekarang ini.

PUTRAJAYA 29 Jun -  Semua warganegara Bangladesh di negara ini yang dianggarkan 500,000 orang, sama ada masuk ke Malaysia secara sah atau haram, akan didaftarkan menerusi sistem biometrik dengan kerjasama kerajaan Bangladesh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, program itu, sebahagian program pemutihan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, akan dapat menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin, di samping menangani jenayah merentas sempadan dengan membendung kegiatan haram termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

"Objektifnya ialah menghentikan eksploitasi ke atas mereka ini oleh penyeludup manusia, sindiket atau pihak ketiga kerana kita berpendapat atas alasan kemanusiaan sahaja, kita perlu memeranginya habis-habisan," katanya kepada pada sidang akhbar bersama dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Atiqur Rehman, di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, proses itu akan diselaraskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam pada peringkat makro, untuk mengkaji bagaimana proses itu dapat dilaksanakan segera manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) Datuk Alwi Ibrahim akan meneliti proses pendaftaran.

Katanya, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad akan meneliti bahagian operasi dan 1,400 pegawai telah dikenal pasti untuk membantu proses itu.

"Kaedah dan tempoh bagi pendaftaran akan diumumkan kemudian oleh pihak yang bertanggungjawab," katanya.

Hishammuddin berkata, kementerian juga akan bekerjasama dengan kementerian lain termasuk Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi supaya mana-mana kementerian yang memerlukan pekerja boleh mengambil mereka yang sudah berada di negara ini tanpa perlu membawa masuk pekerja baru.

"Polis dan agensi risikan daripada kedua-dua negara juga diminta memantau pergerakan sindiket penyeludupan manusia antarabangsa," katanya.

Hishammuddin juga berkata, Malaysia masih diawasi dan berada dalam senarai penyeludupan manusia Amerika Syarikat kerana langkah untuk menangani isu itu baru sahaja dilaksanakan termasuk pengenalan sistem biometrik.

"Saya mahu mereka terus mengawasi. Dan jika selepas semua ini (langkah) telah dilaksanakan dan kita masih berada dalam senarai diawasi, dengan itu saya fikir mereka sendiri tidak menjalankan tugas mereka," katanya.

Laporan tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai Penyeludupan Manusia pada Isnin mengekalkan Malaysia dalam senarai diawasi manakala Filipina dan Singapura dikeluarkan daripada senarai itu.

Ditanya sama ada beliau menjangkakan Malaysia dikeluarkan daripada senarai itu tahun depan, Hishammuddin berkata: "Kita akan lihat, kerana semua ini akan bergantung kepada usaha kita dan berapa cepat kita dapat lakukannya, tetapi saya melakukannya secara pragmatik dan realistik."

[BERNAMA]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.