Kereta biasa selalunya semakin mencemarkan udara, tetapi Vieria direkabentuk untuk menyedut udara kotor dan melepaskan udara yang bersih.
Kereta konsep yang menggunakan kuasa elektrik yang diberi nama Vieria ini direka oleh Gunwoong Kim dan Suji Kim dari Universiti Kyung-won, Korea Selatan untuk pertandingan Michelin Challenge Design.
Vieria berfungsi seperti penulen air. Ia menyedut masuk udara berhabuk dan kotor, menapisnya di bawah kapsul penumpang dan kembali bersih, segar, dengan udara yang boleh disedut.
Sistem rodanya dapat menyusut dan mengembang untuk menyesuaikan dengan jalan sempit di bandar-bandar dan jalan raya yang lebih luas. Dengan demikian, mereka mengatakan Vieria sangat sesuai untuk pekerja yang berjalan dari pinggiran bandar ke bandar.
Terasa mahu beli kereta ini? Mungkin hanya dalam angan-angan, kerana perekanya sendiri pun menganggarkan lambat lagi akan dikeluarkan. Ntah menjadi kenyataan atau tidak. Too good to be true :)
[Dvice , Michelin Challenge Design]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)