Seorang gadis Ohio telah dilarang daripada menghadiri prom gred lapannya selepas dia tidak memberitahu guru di Dayton View Academy bahawa dia telah melihat dua orang pelajar melakukan hubungan seks dalam bas sekolah.
Ibu gadis itu, Saundra Roundtree, mengatakan anaknya, 14, bertukar kerusi dengan rakan-rakan sekelasnya dalam perjalanan ke sekolah pada tarikh 22 Mei, sebelum dia mendapat tahu bahawa keduanya melakukan hubungan seks. Gadis itu, yang belum dikenal pasti, terus memberitahu ibunya di rumah tetapi menahan diri daripada memberitahu pihak sekolah kerana dia takut teman-teman sekelasnya mungkin membuat suatu yang tidak elok ke atasnya.
Pada hari Jumaat, pihak sekolah memberitahu puan Roundtree bahawa anaknya tidak dibenarkan untuk menghadiri prom atau perkelahan kelas yang akan datang. Puan Roundtree mengatakan hukuman terhadap anaknya adalah satu penghantaran mesej yang salah. "Ia menghantar mesej bahawa dia seharusnya tidak mengatakan apa-apa," katanya.
Maksud yang dikatakan oleh puan Roundtree itu ialah pihak sekolah bukan memberi pengajaran ke arah yang baik kepada anaknya dengan menghukum sedemikian , tetapi semakin mengajar agar akan datang anaknya terus tidak memberitahu apa-apa jika berlaku pula hal seperti itu.
[Afro.com]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)