Berita Terkini

Iktikad para salaf dalam menghadapi kekhuatiran dan harapan

Siapa saja yang mengharapkan sesuatu, maka disyaratkan untuk memenuhi tiga perkara;

1 - Menyukai apa yang diharapkan.

2 - Khuatir akan kehilangan apa yang diharapkan.

3 - Berusaha keras untuk mendapatkannya.

Harapan yang tidak dikaitkan dengan sesuatu disebut angan-angan. Harapan berbeza dengan angan-angan. Setiap orang yang berharap pasti ada rasa khuatir dan cemas. Seorang yang berjalan di jalanraya bila merasa khuatir, dia akan mempercepatkan jalannya, takut kehilangan sesuatu.

Dalam kitab Jami'nya , Imam Tirmizi mengutip hadith daripada riwayat Abi Hurairah. Rasulullah s.a.w bersabda, "Siapa yang merasa takut (khuatir), dia pergi di waktu malam. Siapa yang pergi pasti sampai ke rumah. Sungguh perniagaan Allah itu mahal. Perniagaan Allah itu adalah syurga."

Maksudnya, orang yang mengharapkan syurga Allah haruslah melalui perjuangan seperti orang yang berjalan di waktu malam untuk sampai ke rumah. Allah menjadikan harapan itu untuk orang-orang yang beramal soleh. Allah juga menjadikan rasa khuatir pada mereka, sehingga mereka mengetahui bahawa harapan dan rasa khuatir yang berguna ialah yang berhubungan dengan amal, Allah berfirman maksudnya;

"Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati kerana takut akan (azab) Rabb mereka. Dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Rabb mereka. Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan dengan Rabb mereka (sesuatu apa pun). Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (kerana mereka tahu bahawa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka. Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehinya." (Surah Al-Mukminun : Ayat 57 - 61)

At-Tirmizi meriwayat dalam Jami'nya hadith yang bersumber dari Aishah r.a. beliau berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah tentang ayat tersebut, "Apakah mereka itu orang-orang yang meminum arak, berzina dan mencuri?" Beliau menjawab, "Bukan wahai puteri As-Siddiq. Mereka adalah orang yang berpuasa, solat dan sedekah, namun mereka khuatir kalau-kalau amal yang mereka lakukan itu tidak diterima oleh Allah. Mereka itulah sebenarnya orang yang berlumba-lumba dalam membuat amal kebaikan."

Allah mensifati orang-orang yang bahagia dengan ehsan (kebaikan) dan khauf (kekhuatiran). Sebaliknya Allah justeru memberi sifat orang-orang yang jahat dengan keburukan dan rasa aman. Maksudnya, orang yang beramal kebaikan itu pasti bahagia, namun mereka tetap merasa khuatir, sedangkan orang-orang yang berbuat jenayah pasti hina, tetapi dia merasa aman.

Orang-orang yang merenungkan keadaan para sahabat tentu akan menemui mereka dalam puncak amal dan puncak kekhuatiran, sedangkan kita semua berada pada kedudukan kekurangan, bahkan melampaui batas, tetapi perasaan kita aman-aman saja.

Cuba kita hayati kisah-kisah mereka;


Abu Bakar As Siddiq r.a

Abu Bakar r.a berkata, "Aku menginginkan diriku seperti sehelai rambut dibelah orang mukmin." Riwayat ini disebutkan oleh Imam Ahmad.

Diriwayatkan pula tentang Abu Bakar r.a bahawa beliau memegang lidahnya lalu berkata, "Inilah yang menyeretku ke tempat yang merbahaya." Kemudian Abu bakar menangis seraya melanjutkan , "menangislah , kalau tidak menangis, pura-pura menangis lah." Terus beliau berdiri solat. Beliau seperti sebuah tiang yang tidak bergerak kerana takut pada Allah.


Umar bin Khattab r.a

Demikian juga Umar ibnu Khattab , sahabat setia Rasul ini telah membaca Surah AtThuur. Ketika sampai pada ayat, "Sesungguhnya seksa Tuhanmu pasti berlaku," dia menangis tersedu-sedu hingga jatuh sakit dan ramai orang melihatnya. Umar berkata kepada puteranya ketika menghadapi kematian, "Letakkanlah pipiku atas tanah. Barangkali Allah menaruh belas kasih padaku." Lalu berkata lagi, "Celakalah kalau Allah tidak mengampuni aku."

Bila berwirid di tengah malam dan melalui suatu ayat, Saidina Umar r.a merasa takut lalu tinggal di rumah berhari-hari. Pada wajahnya nampak ada dua garis hitam kerana menangis. Demikian berdasarkan penuturan Ibnu Jauzi.

Ibnu Abbas r.a berkata kepada Umar r.a, "Allah menjadikan bandar dan negeri-negeri di bawahmu, menjadikanmu menakluki negeri-negeri tersebut. Allah berbuat baik kepadamu." Mendengar hiburan tersebut Umar masih saja merasa takut. "Aku menginginkan selamat, bukan pahala mahupun dosa."


Utsman bin Affan r.a

Ketika berdiri di atas perkuburan, Utsman bin Affan r.a menangis hingga basahlah janggutnya. Dia berkata, "Seandainya berada di antara syurga dan neraka, aku tidak tahu yang mana di antara kedua tempat itu yang diperintahkan untukku. Kalaulah boleh, aku memilih menjadi abu sebelum aku tahu ke mana aku nanti."


Ali bin Abu Thalib r.a

Inilah Ali bin Abu Thalib r.a dengan tangisan dan kekhuatirannya. Rasa takut yang ada padanya disebabkan oleh dua hal, iaitu panjang angan-angan dan hawa nafsu yang diperturutkan. Anak buah nabi ini merenungi hakikat. Dia berkata, "Panjang angan akan menjadikan seseorang lupa akan akhirat, sementara hawa nafsu yang diperturutkan akan menghalangi orang daripada kebenaran. Sesungguhnya dunia ini telah pergi dan akhirat telah tiba. Setiap wanita yang mempunyai ramai anak, hendaknya menjadikan mereka anak-anak akhirat, dan janganlah menjadikan sebagai anak dunia. Sesungguhnya hari ini hari amal dan bukan perhitungan, sedangkan esok adalah hari perhitungan tanpa amal."


Abu Darda' r.a

Abu Darda' mengungkapkan risau hatinya, "Sesungguhnya yang paling aku takut terhadap diriku pada Hari Kiamat ialah kalau-kalau dikatakan padaku, Wahai Abu Darda', engkau telah banyak berilmu, bagaimanakah engkau mengamalkan ilmumu?"


Abu Dzar mengungkapkan renungannya, "Seandainya aku menjadi sebatang pokok yang dipangkas daun-daunnya untuk makanan ternak, andaikan aku tidak diciptakan." Ketika ditawarkan sumber nafkah kepadanya, dia berkata, "Aku tidak ingin mempunyai seekor kambing untuk diperah susunya dan keldai-keldai yang dinaiki atau hamba yang dibebaskan untuk membantu atau kelebihan pakaian. Aku takut akan perhitungan tentang itu semua."

Tamim Ad-Daari membaca Surah Al-Jathiyah pada suatu malam. Setelah sampai pada ayat 21, dia membacanya berulang-ulang dan menangis hingga ke pagi.

Bukhari bercerita dalam Sahihnya, tentang kekhuatiran orang-orang yang beriman akan hilangnya amal secara sia-sia, sementara mereka tidak merasa.

Berkatalah Ibrahim Taimi, "Aku tidak mendahulukan perkataan dari amal, kecuali aku menjadi pendusta."

Hasan berkata, "Tidak takut kepada Allah kecuali orang-orang yang beriman, dan tidak merasa aman kecuali orang yang munafik."


[Petikan dari kitab  Penyakit dan penawar - Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.