Patti Davis, anak kepada bekas presiden Amerika Syarikat iaitu Presiden Ronald Reagan, mungkin sudah boleh digelar seorang nenek (nenek seks). Tetapi masih ada hati 'posing' telanjang bogel dalam majalah More.
Usianya sekarang sudah mencapai 58 tahun, tetapi dikatakan tubuhnya kelihatan seperti orang berumur 28 tahun. "Tubuh saya adalah rumah saya tinggal, dan saya tidak pernah berhenti berusaha untuk membuatnya lebih baik," kata Davis dalam majalah tersebut.
Ini sebenarnya bukan kali pertama dia posing bogel. Dia pernah muncul telanjang bogel dalam majalah Playboy tahun 1994 (jangan anda pandai-pandai pergi cari pula ya!) pada usianya 42 tahun.
Dia menjelaskan bahawa dia pernah dikaitkan dengan pharmaceutical amphetamines, speed dan kokain (beberapa jenis dadah) dari usia 15 hingga 20-an nya. Pada usia 34 dia mula ke gym, dicekam oleh keinginan untuk merasa lebih kuat.
Semasa latihan kickboxing baru-baru ini, guru Davis 'mengamati bahawa tubuhnya berada dalam keadaan yang lebih baik sekarang daripada ketika dia 42 tahun. Ini lah mungkin sebabnya mengapa dia posing bogel kembali dalam majalah.
[Today.com]
p/s: Harap maaf, gambar-gambar sudah dibuang kerana menampilkan aurat.
p/s: Harap maaf, gambar-gambar sudah dibuang kerana menampilkan aurat.