Seorang buruh binaan iaitu Sohal Chokdar Bazlu, 26 telah pergi Singapore General Hospital untuk membuat pemeriksaan doktor kerana dia mengalami sakit perut pada hari Isnin minggu lepas.
Seorang doktor, yang telah melakukan X-ray pada bahagian perutnya, mengatakan semuanya normal, dan memberinya ubat penghilang rasa sakit dan cuti sakit dua hari.
Tetapi sementara dia berehat di tempat tinggal pekerja, Sohal mengalami sakit perut yang sangat teruk dan memanggil seorang rakan iaitu Mahanudul Hasan untuk meminta bantuan.
Kata Mahanudul, "saya menyuruhnya bangun. Dia sedang tidur. Dia sangat lemah dan tidak boleh berjalan, jadi saya perlu membawanya ke teksi untuk pergi ke hospital ..".
Ketika Mahanudul sampai di hospital sekitar pukul 5pm, Sohal masih hangat dan bernafas. Tetapi pada 5:40pm, doktor keluar dan mengatakan bahawa rakannya telah meninggal dunia. Dia diberitahu bahawa ada cacing 30cm panjang di dalam mulut rakannya dan diminta untuk melihatnya.
Mahanudul berkata: "Ketika saya melihat cacing itu, saya tahu bahawa itu sebabnya rakan saya meninggal. Dia adalah seorang budak yang baik, walaupun dia tidak memiliki ramai kawan .."
Pembantu Profesor Reuben Wong mengatakan bahawa nampaknya seperti Sohal menderita infestasi (serangan) parasit.
Juga Dr Wong berkata bahawa dengan melihat saiz cacing itu, Sohal mungkin saja sudah menderita jangkitan itu lama sebelum dia tiba di Singapura. Parasit biasanya disebarkan dari satu orang ke orang lain bila ada tempat buang air, Dr Wong menambah.
"Ketika seseorang dengan infestasi parasit membawa keluar telur parasit ke dalam tanah atau air dan orang lain memakannya, telur masuk ke saluran pencernaan," kata Dr Wong.
Cacing boleh juga mengawan dalam usus dan menghilangkan nutrien dari pesakit. Inilah sebabnya mengapa beberapa pesakit mengalami darah rendah dan menderita anemia, lesu dan pening, dia menjelaskan.
"Dalam kes ekstrim, seorang pesakit boleh membuang hingus nya dan cacing boleh keluar."
Namun ada beberapa pembawa diam, tidak menunjukkan gejala sama sekali, kata Dr Wong.
Dr Wong mengatakan cacing yang ditemui dalam tubuh Sohal kelihatan seperti cacing gelang, menambah bahawa itu bukan serangan parasit biasa.
[Asia One]
Loya tekak tengok cacing tu. Punya lah panjang. Cam alien lah pulak. Duk betapa dalam badan mangsa tu. Yucckkkkss...
BalasPadamPatut lah masa kecik2 kat kampung dulu mak bapak selalu paksa makan ubat cacing sebulan sekali. Kira nak detox parasite lah. Teringat pulak cerita2 kecacingan kengkawan kat kampung dulu.
Ambe ni mungkin ada cacing dalam tubuh, patut lah payah naik badan, makan banyak mana pun x naik, dan tubuh lesu sokmo, hhmmmm
BalasPadamMakan lah ubat cacing. Kita mesti detox parasite2 dalam badan ni. Takut pulak nanti kluar ular sawa. Adoiiii.. Seriau!!!
BalasPadamAmbe ni mungkin ada cacing dalam tubuh, patut lah payah naik badan, makan banyak mana pun x naik, dan tubuh lesu sokmo, hhmmmm
BalasPadam