Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » » » Mozilla Firefox 4 tidak ubah seperti Google Chrome

Sudah lama saya tidak menggunakan Mozilla Firefox kerana semakin lama semakin perlahan dan ketinggalan ciri-cirinya jika dibandingkan dengan Google Chrome. Tetapi setelah menginstall dan mencuba Mozilla Firefox 4 yang terbaru ini, lain pulak jadinya.

Cuma yang ketara dapat dilihat bahawa Firefox 4 banyak meniru antaramuka dan ciri-ciri yang ada pada Google Chrome. Antaramukanya berubah terus dari Firefox yang sebelum ini. Lihat saja dalam gambar di bawah.


Tak kisah lah dia nak tiru ke apa, janji kita sebagai pengguna merasa selesa keh3.  Dan pihak Firefox mengatakan Firefox 4 ini 6 kali lebih laju dari versi yang sebelumnya. Mereka menggunakan enjin javascript yang terkini.  Memang terasa benar perbezaannya.

Berkenaan dengan pelayar web (web browser) lain seperti Internet Explorer, Maxthon, Safari dan sebagainya, saya tidak berkenan. Malah sebenarnya indah khabar saja dari rupa. Pelayar web seperti Maxthon contohnya, memang ada orang kata dia sangat laju dan bagus. Mungkin terpengaruh dengan banyak review yang dilakukan dalam internet. Tetapi bagi saya, setelah mencubanya, Maxthon tidak kurang bezanya dengan IE.

Walaubagaimana pun terpulang kepada masing-masing sebenarnya , kerana setiap pelayar web ada kelebihan masing-masing. Sepertimana juga Google Chrome, ia sememangnya pantas, ciri-ciri dan antaramuka pun menarik, tetapi untuk seorang blogger seperti saya, ada masalah sedikit dalam proses menyunting (editing).


Beberapa kelebihan lain Firefox 4

- Ada ciri Sync - Boleh serentakkan (synchronize) password, setting, bookmarks, dan juga tab-tab yang dibuka antara komputer kita dengan telefon mudah alih. Apa yang kita setting pada komputer , juga sama seperti yang ada pada telefon.

- Add-on manager yang baru, makin mudah dan canggih


- Sokongan HTML 5 akan membolehkan anda mengambil kelebihan dari aplikasi web terkini dengan fungsi seakan PC, seperti 'drag and drop' dan 'advanced photo editing'.

- Jika ada error pada Flash atau Quicktime, Firefox pastikan pelayar web tidak 'crash' keseluruhannya. Tetapi anda hanya perlu 'refresh' laman tersebut.

- Ada ciri Panorama, boleh buat Tab kumpulan (group tab) dan buka kesemuanya serentak.

- Boleh 'paste & go' pada kotak URL di atas pelayar web, dan juga 'paste & search' pada kotak search.

Dan macam-macam lagi lah. Begitu juga sudah tentu ada keburukan-keburukannya juga. Tetapi saya masih lagi baru dengan Firefox 4 maka belum menjumpai lagi apa-apa yang tidak memuaskan hati. InsyaAllah akan diupdate jika ada masalah berkenaan Firefox 4 ini.

Seriously, kalau Firefox dah laju dan ada ciri-ciri menarik begini, baru lah seorang blogger selesa sikit untuk blogging.  Kerana kalau blog dengan Google Chrome, ada beberapa masalah yang cerewet yang saya rasa mungkin blogger-blogger yang dah lama akan faham lah maksud saya ni. :)


* Update : 25 Mei

Seperti ada masalah dengan 'Flash' termasuk lah video di Youtube. Seringkali tersekat dan terbantut , camam2.


«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (109) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (162) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)