Berita Terkini

Nabil mahu buka bisnes jual kasut wanita dengan duit RM150,000

Lu memang BEST BRO! Pinjam ayat Nabil sikit deh. Apa-apa pun tahniah pada Nabil kerana dapat duit RM150,000 dengan mendapat tempat ketiga dalam Final Maharaja Lawak. Sepatutnya lu jadi Johan bro, tapi apa boleh buat, ramai yang banyak vote Sepah lagi huhu.

Cuma bagus lah Nabil ada visi yang bagus dengan hadiah tersebut dengan ingin membuka perniagaan menjual kasut wanita. Memang idea yang brilliant, sebrilliant idea-ideanya yang kreatif dan inovatif dalam Maharaja Lawak terutamanya dalam persembahan akhir dalam rancangan final.

Lagi pun dia hanya peserta SOLO, bukan senang berseorangan mahu menghiburkan orang di atas pentas, jika dibandingkan dengan yang lain secara berkumpulan.

Dan persembahan akhirnya baru-baru ini pun , menampakkan satu kesungguhan, dengan jalan cerita mantap, dan kreatif seperti biasa. Berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain yang banyak nampak kecelaruan dan kosong isinya pada malam kemuncak itu.

Tetapi orang pilih Sepah juga yang jadi juara. Walaupun persembahan akhir mereka agak kosong dan bercelaru.  Kalau ikut ranking saya (bukan minat sangat pun, saja buat penuh blog ni je), sepatutnya sama ada Nabil atau Jozan menjadi Johan, kemudian Jambu tempat ketiga, dan Sepah tempat keempat.

Dan agak-agaknya berapa lama kumpulan Sepah ini boleh bertahan? Macam kumpulan Senario sekarang pun dah semakin senyap. Dan bayangkan, kumpulan Sepah ni kalau mereka berpecah, boleh ke berdiri atas nama sendiri?

Dan bayangkan, kalau Sepah dalam Maharaja Lawak tu buat persembahan sorang-sorang. Agak-agak boleh celen Nabil ke tidak? Keh3

Dan yang bagus nya lagi dengan Nabil ni, dia mahu bawa emak dia menunaikan Umrah dengan duit kemenangannya. Ada juga visi ke akhirat. Very nice bro! Keep it up bro! :)

SHAH ALAM: Pelawak Nabil Ahmad, 28, merancang untuk membuka perniagaan menjual kasut wanita tidak lama lagi menggunakan sebahagian wang kemenangannya pada program Maharaja Lawak, Jumaat lalu.

Menurut Nabil yang mendapat tempat ketiga pada pertandingan tersebut, wang sebanyak RM150,000 yang diperoleh tidak akan disia-siakan begitu sahaja dan ia akan menjadi sebagai modal permulaan perniagaan tersebut.

"Saya dah lama ingin berniaga kasut wanita kerana kasut merupakan barangan wanita yang paling banyak dibeli dan mereka sentiasa mengikut trend masa kini.

"Kebetulan pula, saya dapat tempat ketiga dalam Maharaja lawak, wang tersebut saya gunakan sebagai modal," katanya.

Tambah Nabil, dia akan membeli barangan kasut sarung itu di kedai borong di Bangkok, Thailand.

Selain itu, pelakon ini juga sedang merancang untuk menunaikan umrah bersama ibunya dalam masa terdekat ini menggunakan wang kemenangan tersebut.

Dalam pada itu, bekas teman lelaki pelakon Irma Hasmie ini juga bersyukur kerana sejak menyertai Mahajara Lawak, dia menerima banyak tawaran lakonan.

"Sejak dilanda pelbagai kontroversi, saya akui, tawaran kerja saya semakin kurang.

"Bagaimanapun, menyertai Maharaja Lawak telah menaikkan nama saya semula sekali gus pelbagai jenis tawaran lakonan mula mendatang.

"Kerana pertandingan ini juga saya bersyukur dengan apa yang diterima dan akan ke umrah bersama ibu tidak lama lagi," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.