Pada usia 12 tahun, pelakon cilik yang mula melonjak naik namanya iaitu Jaden Smith, anak kepada Will dan Jada Pinkett Smith, sudah menjadi jutawan.
Jaden dilaporkan telah meraih gaji tujuh angka di atas penglibatannya dalam dua filem Karate Kid.
Orang-orang di TMZ berjaya mendapatkan salinan kontrak Smith untuk filem-filem baru-baru ini. Ditandatangani pada bulan Jun 2009 ketika Jaden hanya berumur 10 tahun, kontrak menunjukkan bahawa dia dibayar dua kali ansuran - yang pertama untuk USD$900,000 (RM2, 677, 050) dan USD$100,000 (RM297, 450) - untuk dua filem.
Ini belum lagi termasuk bonus kesemuanya USD$2 juta (hampir RM6 juta) dan juga faedah sampingan kontrak dan royalti.
[Dailychilli]
Biasa lah dunia artis, mula-mulanya diangkat naik menggunung tinggi, kemudian sampai suatu masa akan di padam dan dihancurkan tanpa belas kasihan oleh golongan-golongan elit yang menguasai dunia hiburan. Lihat sahajalah beberapa contoh seperti Micheal Jackson, John Lennon dan juga lagenda seni tanahair kita iaitu Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Golongan-golongan elit itu hanya mementingkan keuntungan maka selagi artis itu mendatangkan keuntungan bagi mereka, akan ditatang lah dengan manjanya. Tetapi setelah artis itu meningkat tua, semakin kurang memberi hasil, maka waktu itu lah permata sudah menjadi kaca bagi mereka .......

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)