Berita Terkini

Kisah menyayat hati Allahyarham Tan Sri P Ramlee di History Channel






Allahyarham Tan Sri P RamleeP Ramlee dalam kenangan (1928 - 1973)


Sudah ramai yang menonton rancangan ini terutamanya mereka yang ada Astro. Tetapi tidak mengapa lah, saya kongsi di sini bagi sesiapa yang masih belum menontonnya.

Mungkin tidak ramai yang tahu, di sebalik keceriaan Allahyarham P Ramlee di dalam filem-filem arahan dan lakonannya, ada kisah duka yang amat dramatik sekali, terutamanya di penghujung hayat beliau.

Tetapi itu semua mungkin ujian baginya dan kifarah terhadap dosa-dosa lampau. Walaupun begitu, tidak patut lah seorang yang baik dan berjasa begitu diperlakukan sedemikian. Diperlakukan bagaimana?  Sudah tentu lah dikhianati, dihasad dengki oleh mereka-mereka yang sangat cemburu atas kejayaan beliau.

Sehinggakan di penghujung hayat beliau, tiada harta lagi yang tinggal, sampai Pak Aziz Sattar pernah datang ziarah ke rumah Allahyarham melihat dia hanya mampu makan nasi dan telur sahaja.  Dia tidak memberitahu pada orang lain tentang kesusahan dan kemiskinan yang beliau alami, beliau pendam dan tidak mahu menyusahkan orang lain.

Begitu juga setelah orang menghinanya dan mengkhianatinya, beliau tidak pernah cuba untuk mengutuk atau menghina balik apa lagi untuk membalas dendam. Beliau dihina oleh bangsanya sendiri iaitu bangsa Melayu.  Memang ramai orang Melayu ni yang jenis hasad dengki dan busuk hati sesama sendiri, cemburu buta melihat kejayaan orang lain dan mula cuba untuk menjatuhkan orang yang dia sakit hati itu.

Allahyarham P Ramlee juga dikatakan sangat suka memberi derma dan sudah membantu ramai orang ketika ada kemewahan dulu.  Tetapi ketika beliau dalam kesempitan hidup di penghujung hayat, tiada siapa yang datang membantu, ditambah lagi beliau suka memendam dan tidak memberitahu kesusahan beliau pada orang lain.

Seorang artis lagenda yang sudah sukar dicari ganti, dengan kebolehan berlakon, mengarah filem, melawak, menyanyi, menggubah lagu, menulis lirik, bermain alat muzik dan sebagainya lagi. Bukan sekadar itu, setiap apa yang dilakukannya adalah berkualiti dan meninggalkan kesan sampai ke hari ini.

Sesudah beliau pergi, baru lah masyakat ketika itu membuka mata semula, dan ada lah pihak-pihak yang menyanjungi beliau, tetapi itu semua sudah terlambat, kerana beliau sudah pergi tidak kembali lagi. Dan tidak mustahil, pihak-pihak yang cuba memuji kembali P Ramlee setelah ketiadaan beliau itu hanya bermotifkan politik dan ada kepentingan masing-masing juga.

Semoga roh Allahyarham Tan Sri P Ramlee aman di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh, amin .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.