Penyelidik Sweden berkata, mereka telah menjejaki trio burung terbang sejauh 3,728 batu tanpa henti dengan kelajuan purata 43 mph.
Para penyelidik dari Universiti Lund mengatakan 'great snipes', burung yang asalnya dari daerah utara Eropah Timur dan Barat Russia, memulakan perjalanan mereka di tasik Annsjon, dekat Are, pada bulan Ogos 2009 dan tiba di Afrika Barat sekitar tiga hari kemudian, agensi berita Sweden TT melaporkan hari Khamis.
Para penyelidik mengatakan penerbangan itu adalah perjalanan berterusan terpanjang yang pernah diketahui oleh haiwan yang bergerak dengan kelajuan tinggi.
"Ianya hampir seperti satu rekod dunia," kata Ake Lindstrom, penulis kajian itu dan seorang profesor ekologi di Universiti Lund.
[UPI]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)