Berita Terkini

Bir halal - Air arak yang dikatakan halal

Istak beer
Ada juga air bir yang dikatakan halal ya, pandai sungguh mereka menipu. Agenda untuk menjadikan umat Islam semakin ramai minum arak tidak habis-habis lagi. Sedikit demi sedikit mereka cuba cari jalan.  Saya tengok botolnya saja sudah terasa lain macam, apalagi namanya pun dah bir @ beer.

Satu hal lagi, jika mahu buat bir halal ke atau apa-apa jenis minuman halal, jangan lah dibuat botolnya seakan-akan botol arak. Ini kerana saya tengok ada juga minuman-minuman yang dikatakan tanpa alkohol , tetapi botol dan rekacoraknya sebiji macam botol arak, contohnya air Istak dari Malaysian Iranian Corporation Sdn Bhd dan Barbican dari Aujan Industries Co.

Jangan minum 'bir halal' - Jamil Khir

PADANG SERAI 29 Mei  -  Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.

"Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam diRaja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan maklumat lebih jelas,” kata Jamil Khir kepada pemberita selepas menutup program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan, dekat sini, petang semalam. [Kosmo]


Sabda Rasulullah s.a.w: "Nanti pada akhir zaman akan terjadi gempa bumi dan penyakit kolera dan perubahan-perubahan ini terjadi apabila muzik-muzik, biduanita-biduanita telah maharajalela dalam kehidupan umat manusia dan minuman keras (arak) telah dihalalkan" - (Hadith Riwayat Thabrani).


*Update 23 Jun 2011


UNIPEQ nafi keluar status bir halal

KUALA LUMPUR 23 Jun - Unipeq, anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menafikan ia telah mengesahkan status halal produk bir 'Barbican' seperti didakwa pengeluar produk itu pada Khamis lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Unipeq, Dr Siti Noorbaiyah Abdul Malek, berkata syarikat itu hanya mengeluarkan sijil analisis yang menunjukkan kandungan kompaun yang diuji dan bukannya status halal.

"Sesuatu produk itu hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang berwibawa seperti Jakim untuk status halal dan Kementerian Kesihatan untuk piawai makanan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Noorbaiyah berkata sejak 15 tahun lepas, Unipeq bertindak sebagai sebuah makmal pemantauan kualiti makanan dan hanya menguruskan hal-hal berkaitan teknologi makanan.

"Kami khuatir sebab banyak sangat reaksi di luar sana berhubung dengan iklan yang dikeluarkan (pengeluar), saya haraplah kita boleh betulkan keadaan," katanya.

[Harian Metro]

*Update 26 Julai 2011

Harian metro pada hari ini melaporkan Bir Barbican itu sudah HALAL pulak dah!  Sekejap HARAM sekejap HALAL, sekejap HARAM, sekejap HALAL, buat kerja apa ni wahai ahli muzakarah sekelian?  Jangan kamu tambahkan PENING rakyat yang sudah pening!  Sedih betul  :(

Dan masalahnya, kenapa perlu letak ALKOHOL dalam minuman itu? Kalau tak letak apa salahnya seperti minuman lain?  Bukan kah ALKOHOL itu juga merbahaya untuk KESIHATAN?  Maka sikit demi sikit , lama-lama jadi SAKIT!!   Macam hisap rokok juga, sekali hisap tidak bahaya lagi, tetapi lama kelamaan, sikit demi sikit tu yang bahaya .......   Sedih lah jika Majlis Fatwa buat kerja seperti ini. Buat kerja lebih kurang saja, nanti fatwa makin celaru jadinya , na'uzubillah ....... Bertindak lah dengan professional, tegas beserta dengan kajian mendalam. Jangan buat kerja dalam MENGANTUK MATA. Jangan sekejap HARAM sekejap HALAL, nanti rakyat makin HILANG KEPERCAYAAN!!


1 ulasan:

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.