Berita Terkini

Pengarah Filem Perancis masuk Islam setelah serangan Charlie Hebdo

Isabelle Matic
Seorang pengarah filem Perancis telah mengumumkan masuk Islam dalam akaun Facebook-nya, tidak lama selepas insiden serangan Charlie Hebdo yang mempengaruhi peningkatan pelbagai gerakan anti Islam di Eropah akhir-akhir ini.

"Hari ini, saya melewati tiang pertama Islam. "Tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul-Nya," kata Isabelle Matic dalam mesej yang dipaparkan di laman Facebook-nya pada 11 Januari, sebagaimana dilaporkan Onislam dan Mi'raj Islamic News Agency (MINA).

Tidak hanya itu, posting-posting pengarah itu di jejaring sosial kini berkaitan dengan agama yang dianutnya, termasuk ucapan terima kasihnya kepada pelakon asal Maghribi Hicham Bahloul kerana membantu penyiaran keislamannya di sebuah akhbar di Maghribi.

Dalam posting lain, beliau menjelaskan bagaimana dirinya mengambil keputusan besar itu dan mempengaruhi keyakinannya mengenai kebebasan bersuara.

"Sejak serangan di (tabloid mingguan) Charlie Hebdo dan peristiwa lain yang saya ikuti: Saya menjadi seorang Muslim," tulis Matic.

Menurutnya, karikatur Muhammad yang dibuat oleh majalah sindiran Charlie Hebdo bukanlah Nabi terakhir dalam Islam yang dimuliakan, kerana mereka mengolok-ngolok tanpa mengetahui siapa sebenarnya Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam.

"Mereka mengolok-olok Muhammad dan tidak membahayakan Muhammad. Mereka mengolok-olok watak yang mereka bayangkan dan memberinya nama, orang itu bukan Muhammad Nabi kita," tulisnya.

Alasannya menurut Matic, Rasulullah pernah mengalami masa-masa seperti ini di awal kenabiannya dan dia hanya tersenyum dengan membalas, "mereka mengolok-olok Modamam (ejekan orang Makkah jahiliyah) bukan aku".

"Kebijaksanaan adalah jawapan untuk setiap provokasi. Dan ini adalah apa yang diajarkan Rasulullah kepada kita," tambah Matic.

Dalam edisi Rabu-nya, Charlie Hebdo menerbitkan tokoh kartun yang mereka dakwa sebagai Nabi Muhammad, yang kemudian menuai kontroversi dan menimbulkan serangan Muslim terhadap pejabatnya beberapa waktu lalu, sehingga menewaskan 12 orang krunya.

[MINA]


p/s: Petikan dari kata-kata Matic di atas iaitu "Kebijaksanaan adalah jawapan untuk setiap provokasi. Dan ini adalah apa yang diajarkan Rasulullah kepada kita."

Orang yang baru kenal Islam pun faham tentang kebijaksanaan yang sepatutnya kita contohi dalam menanggapi pelbagai tohmahan dan provokasi. Bagaimana kita yang kononnya sudah Islam dari lahir, tetapi masih cepat melenting, melalak dan mengeluarkan kata-kata celupar setelah di provoke oleh pihak lain? Itu kah yang Nabi S.a.w ajar dan suka kita buat? 

Kononnya kerana kasih kita pada Nabi S.a.w, tetapi kita buat sesuatu yang menjatuhkan imej Muslim, membahayakan nyawa dan maruah orang lain, dan menunjukkan akhlak yang tidak sopan kepada umum. Renung-renungkan sedalam-dalamnya .......

Muslim sepatutnya tenang dan bersikap matang dalam apa jua provokasi. Biar orang agama lain tengok Muslim ini tenang dan sejuk, tak peduli apa orang lain nak tuduh dan kata. Baru lah insyaAllah non-Muslim akan tertarik kepada agama yang PEACE @ DAMAI ini. Bayangkan jika ada yang tertarik kepada Islam dan masuk Islam kerana akhlak kita itu, tak mahu kah kita kepada saham yang tak ternilai itu? Masya Allah.

Nak dakwah orang kepada Islam dan tarik orang supaya peluk Islam tak hanya dengan berbuih mulut berdebat dan berdiskusi, Tetapi dengan AKHLAK kita pun insyaAllah akan membuat orang tertarik, dan itulah contoh yang telah ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah S.a.w.

Kalau ada yang tak makan saman juga dengan cara ini, itu baru kerana hati mereka sudah terlalu keras dan suka menentang. Itu tidak hairan kerana setiap zaman akan ada golongan yang engkar dan menentang ajaran para rasul a.s.

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, hendaklah dia berkata perkataan yang baik ataupun diam."  [HR al-Bukhari no 6475 dan Muslim no 47]

Wallahu a'lam .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.