Arnold Schwarzenegger, Sylvester Stallone dan Seth Rogen adalah antara bintang Hollywood terkemuka yang meluahkan sokongan terhadap Israel, Haaretz melaporkan pada hari Sabtu.
Menandatangani petisyen yang dibuat oleh Komuniti Kreatif Untuk Keamanan (Creative Community For Peace - CCFP) yang berpusat di Amerika Syarikat, para bintang Hollywood itu mengutuk "ideologi kebencian" dari kumpulan gerakan Islam Hamas serta menyuarakan kemarahan diatas usaha untuk memboikot Israel terhadap perang di Gaza.
Perang telah menyebabkan kematian lebih dari 2,000 warga Palestine dan hanya 68 orang sahaja di pihak Israel sejak konflik bermula pada bulan Julai.
Selebriti lain yang menandatangani CCEP termasuklah Sarah Silverman, Minnie Driver, Ziggy Marley, Kelsey Grammer, Tom Arnold, Benji Madden, pengarah Ivan Reitman, penulis Aaron Sorkin, produser Michael Rotenberg, komposer Michael Nyman, produser Haim Saban, pengurus Justin Bieber iaitu Scooter Braun.
[Al Arabiya News]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)