Pemain bolasepak muda Jerman Danny Blum telah mengumumkan memeluk agama Islam, menyifatkannya sebagai agama harapan dan kekuatan.
"Islam memberi saya harapan dan kekuatan. Solat menenangkan jiwa saya," beritahu Blum kepada akhbar Bild pada hari Isnin, 26 Januari.
Blum menyertai 1. FC Nürnberg di Bavaria pada Julai lalu. Pasukan itu bermain di Divisi Kedua bola sepak profesional di Jerman, iaitu Bundesliga.
Tidak lama selepas menyertai pasukan itu, dia mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.
Beberapa minggu yang lalu, dia telah mengambil keputusan untuk kembali kepada Islam, memeluk agama yang paling pesat berkembang di dunia.
"Saya telah melawat masjid, dan saya terus tertarik. Saya rasa ini adalah sesuatu untuk saya dan ingin tahu lebih," Blum beritahu Bild.
Semenjak itu, dia solat lima kali sehari dan makan makanan halal. Memberitahu ibu-bapanya dengan keputusannya, pemain berusia 24 tahun berkata mereka takut pada mulanya.
"Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama selepas itu mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa ia adalah betul," katanya.
"Islam adalah agama yang damai. Iman saya mengatakan: jangan memaksa sesiapa untuk melakukan apa yang dia tidak mahu. Jika anda fikir, ia perlu datang secara sukarela dari hati!"
Jerman dipercayai menjadi rumah bagi hampir 4 juta umat Islam, termasuk 220,000 di Berlin sahaja. Bangsa Turki dianggarkan adalah dua pertiga daripada minoriti Islam di situ.
[On Islam]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)