Berita Terkini

Malaysia rugi RM9 bilion setiap tahun akibat kemalangan jalan raya

Kemalangan jalan raya di seluruh negara setiap tahun mengakibatkan kerugian RM9 bilion, yang meliputi kos perubatan, bayaran insurans, baik pulih kenderaan dan kerugian pengeluaran, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata, kira-kira 6,800 nyawa melayang di jalan raya setiap tahun, dengan 65 peratus kemalangan jalan raya berpunca akibat memandu melebihi had kelajuan ditetapkan.

"Pelbagai kempen diadakan kerajaan bagi mengurangkan jumlah kemalangan maut seterusnya mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung akibat kemalangan jalan raya," katanya.

Beliau berkata, antara langkah yang dilaksanakan termasuk penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mampu mengesan kecuaian dan kesalahan pesalah trafik sehingga 95 peratus.

"Kini pesalah trafik yang dikesan dan ditangkap pihak berkuasa pada hari biasa ialah antara 20 hingga 25 peratus dan 50 peratus dalam musim perayaan.

"Tetapi dengan penggunaan AES, pengesanan dapat ditingkatkan ke tahap 95 peratus," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Keselamatan Petugas dan Kontraktor Exxon Mobil di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, sistem AES sudah digunakan di kebanyakan negara luar menggunakan kamera litar tertutup dikawal oleh robot yang boleh mengesan pesalah trafik serta melampirkan gambar sebagai bukti kesalahan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mengemas kini alamat kediaman mereka untuk memudahkan proses menghantar saman dan mengelakkan nama daripada disenaraihitamkan, jika dikesan melakukan kesalahan trafik melalui sistem AES.

"Notis kompaun akan dihantar ke alamat terakhir. Jika alamat terakhir tidak dikemas kini anda mungkin tidak dapat memberi maklum balas terhadap notis yang diberikan. Mereka yang tidak memberikan maklum balas melakukan kesalahan mengikut Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan," katanya.

Terdahulu, Abdul Rahim yang mewakili Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, menyampaikan anugerah kepada petugas syarikat Exxon Mobil yang berjaya menjalankan tugas mengikut prosedur keselamatan tanpa melibatkan kemalangan di kawasan kerja mereka mengikut tempoh tertentu.


[Bernama]

Foto dari Berita Harian


Hari-hari dan saban waktu berlaku nahas dan kemalangan jalan raya di Malaysia dan merata ceruk dunia. Ada yang perut terburai, putus anggota, hancur, berkecai dan sebagainya. Maka adakah kita masih mahu menjadi hero di jalanraya?  Masih kah kita mahu memandu mengikut selera dengan memecut terlampau laju tanpa menghiraukan keselamatan orang lain?  Masih kah kita mahu terburu-buru hingga pentingkan diri sendiri sahaja?  Fikir-fikirkan kerana malang tidak berbau.

Kenderaan zaman sekarang ini meter nya melampau-lampau laju.  Jika ramai orang accident, maka untung lah syarikat-syarikat yang membuat ubat-ubatan dan sewaktu dengannya. Sepatutnya kenderaan ada limit yang selamat dan tidak dibenarkan menggunakan over limit. Ya, kerana desakan zaman, maka sekarang semua orang mahu cepat.  Tetapi apa guna cepat jika sentiasa membahayakan nyawa? 

Pesanan saya kepada diri sendiri dan sesiapa sahaja yang mahu menerima, sebelum keluar rumah tu baca terlebih dahulu doa keluar rumah dan ayat kursi, semoga Allah akan hantar malaikat-malaikat datang menjaga kita insyaAllah.  Kemudian perlu ada rasa takut di jalan raya, jangan ingat kita akan sentiasa selamat, tawakkal pada Allah setiap masa.  Dan perlu ada rasa hormat-menghormati dan kasihan belas juga terhadap orang lain.  Jangan sekali-kali hanya pentingkan diri sendiri dan langsung tidak pedulikan orang lain .......

Kerjasama mesti dilakukan oleh semua, kerana walaupun ramai orang yang memandu slow sekali pun, tetapi masih ada yang suka memecut dengan laju, maka risikonya tetap tinggi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.