Waktu anda kecil pun, mungkin anda pernah panjat atas kepala ayah atau ibu anda. Tapi itu tidak menunjukkan satu kesalahan, kerana anda masih kecil dan masih tak mengerti.
Begitulah nampaknya dengan anak kura-kura ini, yang menjadikan kepala ibunya sebagai tempat lepak dan berjemur panas.
Saat-saat ini dirakam oleh jurugambar Attila Balazs dalam Nyiregyhaza Animal Park di Hungary.
Kura-kura Afrika (African spurred tortoise) yang comel itu adalah salah satu daripada lapan bayi yang dilahirkan di taman yang terletak kira-kira 226km di timur Budapest minggu lepas.
African spurred tortoise adalah kura-kura yang terbesar di Afrika, dan ketiga terbesar di dunia selepas kura-kura Galapagos and kura-kura Aldabra.
Jangka hayat mereka sekitar antara 30 dan 50 tahun, dengan seekor yang tertua yang ada dalam tangkapan berusia 54 tahun.
[Mail Online]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)