Petir volkanik / Petir gunung berapi / ribut kotor terlihat di atas Gunung Shinmoedake di Jepun semasa ia meletus. Gambar di atas diambil dengan teknik 'Long exposure shot' dari bandar Kirishima dan dikeluarkan oleh Minami-Nippon Shimbun 28 Januari 2011.
Shinmoedake mula meletus Rabu lalu, membuatkan kampung dan ladang berhampiran dipenuhi dengan abu dan membuatkan pihak berkuasa meningkatkan tahap waspada dan panggilan untuk evakuasi semua penduduk dalam 2 km (1.2 batu) radius.
Ianya masih misteri mengapa pancaran kilat kadang-kadang dapat dilihat ketika gunung berapi meletus. Satu teori adalah bahawa gelembung muntahan magma atau zarah abu gunung berapi itu sendiri bermuatan letrik, dan dengan gerakan mereka mencetuskan kawasan-kawasan caj berlainan ...
Puncak Shinmoedake meletus, seperti yang dilihat dari Pejabat Kota Takaharu, Wilayah Miyazaki 27 Januari 2011, awal pagi.
Teori lain adalah petir mungkin disebabkan oleh caj-menginduksi pertembungan dalam debu gunung berapi. Fenomena ini telah difoto baru-baru ini di beberapa letusan gunung berapi, dari Iceland ke Indonesia.
[Telegraph, Reuters]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)