Sylvester Stallone telah patah lehernya ketika shooting adegan berkelahi dalam filem terbarunya.
Veteran filem aksi itu dibedah secara kecemasan dan plat logam dimasukkan ke dalam lehernya selepas kemalangan di set penggambaran 'The Expendables'.
Pelakon berusia 63 tahun itu sedang melakukan babak berkelahi dengan bintang undangan seorang ahli gusti iaitu Stone Cold Steve Austin, 45, tetapi ianya begitu realistik sehinggakan Stallone berakhir dengan retak di lehernya.
Stallone berkata, "Sebenarnya, saya berkelahi dengan Stone Cold Steve Austin begitu ganas sehinggakan saya akhirnya mendapat retak di leher. Saya tidak bergurau.
"Saya tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang ini, tetapi saya harus menjalani pembedahan yang sangat serius sesudahnya. Saya sekarang mempunyai plat logam di leher saya. "
Plot filem itu berkisar tentang kumpulan tentera upahan menuju ke Amerika Selatan dalam sebuah misi untuk menggulingkan seorang diktator.
Turut dibariskan dalam filem ini ialah pelakon aksi veteran lain termasuk Arnold Schwarzenegger (62), Bruce Willis (54), Dolph Lundgren (52), Mickey Rourke (57), Jet Li (46), serta relatif muda Jason Statham (37).
Ia juga dibintangi oleh Brittany Murphy, yang meninggal pada bulan Disember lalu kerana serangan jantung.
Stallone selain dari berlakon, adalah penulis skrip dan juga pengarah filem tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)