Foto: AFP/ Nature/Andrea Ghez/Lynette
Ahli-ahli sains telah menemui lohong / lubang hitam (black hole) yang terbesar yang diketahui wujud, setiap satunya adalah berbilion kali saiz matahari kita.
Sebuah pasukan yang diketuai oleh ahli-ahli astronomi di Universiti California, Berkeley, mendapati kedua-dua lubang hitam raksasa di dalam kelompok galaksi yang elips, lebih daripada 300 juta tahun cahaya jauhnya. Itu yang agak rapat pada skala galaksi.
Galaksi NGC 3842, kira-kira 320 juta tahun cahaya dari Bumi dalam buruj Leo, mempunyai satu lubang hitam di tengah-tengah dengan jisim sekitar 9.7 bilion kali saiz matahari. Malah sebuah lubang hitam yang lebih besar dengan jisim sekitar 21 bilion matahari wujud di tengah-tengah galaksi NGC 4889, galaksi yang paling terang dalam kelompok Koma, kira-kira 336 juta tahun cahaya dari Bumi.
Kedua-dua lubang hitam yang besar gila ini baru ditemui hasil dari analisis data oleh Teleskop Angkasa Hubble dan dua teleskop yang berada di atas tanah terbesar di dunia, iaitu fasiliti Gemini North dan Keck 2 di Hawaii.
Foto: Pete Marenfeld/AFP/Getty Images
Lohong hitam adalah objek yang begitu padat dimana tiada suatu benda, walaupun cahaya, akan dapat melepaskan diri. Ada yang dibentuk dari kemusnahan bintang bersaiz super. Adalah tidak pasti bagaimana kedua-dua lubang yang baru ditemui ini berasal.
Kebanyakan, jika tidak semua galaksi dipercayai mempunyai lubang hitam di tengah-tengah mereka. Semakin besar galaksi, maka semakin besarlah lubang hitam.
[The Guardian]
SubhanAllah .......
SubhanAllah .......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)