KUALA LUMPUR 5 Disember 2011 - Seorang suri rumah maut akibat melecur teruk manakala suaminya cedera di bahagian tangan dan kaki selepas tong gas di rumah mereka di tingkat 15, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak Jaya di sini, meletup hari ini.
Ketika kejadian kira-kira 1 tengah hari tadi, Tutty Suri Yati Abd Manan, 34, dipercayai sedang memasak di ruang dapur rumahnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Anuar, berkata wanita itu melecur hampir 80 peratus daripada keseluruhan badan, manakala suaminya melecur di bahagian tangan dan kaki.
Beliau berkata, tiga jentera bomba bersama 21 anggota dari balai Setapak, Wangsa Maju dan Jelatek bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 1.21 tengah hari tetapi kebakaran sudah dipadam orang ramai sebelum mereka tiba.
Tutty Suri Yaty disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 4.59 petang, manakala suaminya Raja Basir Ali Peer Bux, 56, masih sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.
Raja Basir dipercayai cuba menyelamatkan isterinya selepas mendengar bunyi letupan dan melihat api mula marak di ruang dapur rumah.
[BERNAMA , Berita Harian]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)