Umur tidak menjadi penghalang untuk menerima segulung diploma. Walaupun ianya tidak akan digunakan untuk mencari kerja yang lebih baik, tetapi diploma ini adalah sebagai penghargaan ke atas warga tua yang tidak sempat dikurniakan diploma dahulu.
Kelas Sekolah Tinggi Crothersville, Indiana, Amerika Syarikat tahun 1943 mempunyai alumni baru. Wilbur 'Sonny' Walker menjadi lulusan yang tertua di Crothersville, lulusan terbaru SMA ketika dia disampaikan dengan diploma sebagai ahli kelas CHS 1943.
Pada tahun 1941 Walker berhenti sekolah untuk menyertai Tentera Laut dan bertempur dalam Perang Dunia Kedua hingga masalah kesihatan membuatkan dia terpaksa diberhentikan secara terhormat.
Dia kembali ke Crothersville dan mula bekerja kilang seperti ramai pemuda lain pada saat itu. Beliau membesarkan keluarga, pencen, menimang cucu dan minum kopi di beberapa kedai kopi tempatan.
Walaupun mempunyai kehidupan yang sukses, beliau tidak pernah menerima diploma sekolah tinggi.
Sehinggalah bekas pegawai Pejabat Perkhidmatan Veteran Jackson County iaitu Mike Fink memulakan proses, di bawah undang-undang Indiana baru, untuk memberikan diploma kepada lelaki dan wanita zaman perang yang berhenti sekolah untuk menyertai angkatan bersenjata negara.
Walker adalah veteran Crothersville pertama menjadi graduan yang lambat menerimanya di dalam hidup.
"Ini bagus. Saya sangat bangga, "kata Walker sebelum menyindir, "Adakah kamu kira ini akan membuatkan saya boleh mendapat pekerjaan yang baik sekarang?"
Dia kemudian tersenyum sambil menunjuk ke tandatangan dari pejabat sekolah tempatan yang menandatangani diplomanya.
Via - Crothersville Times
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)