Berita Terkini

22 Koleksi gambar Manipulasi Foto oleh Neezhom Photomalaya


manipulasi foto
The ascent for strategy  --  Pendakian untuk mengatur strategi

Semua foto dirakam dan diolah oleh saya.  Imej latarbelakang ialah imej 3d, yang saya buat dengan perisian Terragen 1.  


manipulasi foto
Waterfalls at the seashore  --  Air terjun di perairan pantai

Semua gambar foto dirakam dan diolah oleh saya.


manipulasi foto
The rise of peace  --  Kebangkitan keamanan

Semua gambar foto dirakam dan diolah oleh saya.  Bangunan 3d yang seakan Taj Mahal itu saya buat menggunakan perisian 3d studio max 9 beberapa tahun yang lalu, ketika saya masih aktif membuat imej 3d.


manipulasi foto
The Superbike strikes back  -- Superbike bertindak kembali

Temanya saja-saja petik dari tajuk filem Star Wars - The empire strikes back :D . Semua gambar foto dirakam dan diolah oleh saya.  Model 3d superbike itu saya buat tidak lama dulu menggunakan perisian 3d Studio Max.


manipulasi foto
Don't let your life fettered by mystery -- Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri

Semua gambar foto dirakam dan diolah oleh saya.


manipulasi foto
A buffalo in a fog  --  Kerbau di dalam kabus

Ceritera si kerbau. Semua gambar foto dirakam dan diolah oleh saya.


photo manipulation
Happy together  --  Bahagia bersama

Baiti jannati. Rumahku syurgaku. Gambar manipulasi di atas, saya ucapkan terima kasih kepada Mohd Syamsul Nik , isteri serta anaknya Adam kerana menjadi model tanpa gaji. 

Semua gambar foto dirakam dan diolah oleh saya. Campur dengan recycle balik stok gambar-gambar lama.  :)


photo manipulation
Tornadoes attack  --  Angin puting beliung menyerang

Kisah angin puting beliung yang membuat formasi seperti bentuk hati.  Ada romantika di dalam tragedi.  Ada kelembutan di sebalik kekerasan.

Semua gambar foto dirakam dan diolah oleh saya.  :)


photo manipulation
Live in harmony  --  Hidup dalam harmoni

Semua foto dirakam dan diolah oleh saya, melainkan foto Rusa dan Kancil.


photo manipulation
Kaki bola - versi 2

Perkenalkan , Goku tiruan dari team Dragon Ball Z palsu yang sedang menendang bola sampai pecah hancur lebur lumat berkecai berterabur! 

Makan bola tidur bola foto manipulasi bola. Gambar foto manipulasi ini saya bikin untuk beberapa orang remaja yang minat bola di kampung saya ni.  Saya sendiri dari dulu lagi tidak minat bola @ bolasepak.  Model di atas ialah kawan sekampung saya iaitu Sapik @ Anoithai.

Semua gambar foto dirakam dan diolah oleh saya. :)


photo manipulation
Kaki bola - versi 1

Makan bola tidur bola, manipulasi foto bola. Gambar manipulasi foto ini saya bikin untuk beberapa orang remaja yang minat bola di kampung saya ni.  Saya sendiri dari dulu lagi tidak minat bola @ bolasepak. 

Background kawasan gunung berapi mana ntah tu huhu. Jalan di awangan ini pada asalnya saya hanya mahu buat seperti yang masih baru. Tetapi setelah diberikan idea oleh si polan binti si polan, ada bagus nya juga saya buat style lama, kasi lebih dramatik. ;)

Semua gambar foto dirakam dan diolah oleh saya. :)


photo manipulation
Marilah menuju kejayaan

Masjid yang menjadi background ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, Model tu saya sendiri la, sekali-sekala fotografer jadi model. Manipulasi foto ini saya ubahsuai dari manipulasi foto yang sebelum ini iaitu Harmonic serenity yang saya rasakan agak berbolok wok gambar tu :D

Semua foto dirakam dan diolah oleh saya. ;)


photo manipulation
Reading is a noble practice  --  Membaca adalah amalan yang mulia


PhotoMalaya in the house! Ini bukan iklan rasmi akhbar Sinar Harian, tetapi saya hanya snap foto akhbar ini untuk dijadikan manipulasi foto yang saya inginkan.

Semua foto dirakam dan diolah oleh saya. :)

p/s: Inspired from The New Straits Times advertisement.



 photo manipulation
Fly to peace  --  Terbang ke arah keamanan

Budak-budak kampung saya menjadi mangsa sebagai model saya. Tidak ketinggalan juga seekor bangau yang katanya mahu pakai songkok dan berpayung sekali.  Burung Bangau pun pandai nak solat, tapi ada manusia yang tak pandai dan tak mahu solat, ih ih ih. Masjid di background adalah Masjid Unisza (Kusza). 

Semua foto dirakam dan diolah oleh saya. :)


Motocross thunder - photo manipulation
Motocross thunder  --  Penunggang-penunggang scrambler pada masa guruh

Pinjam helmet bro Ariff Romeo untuk dijadikan subject foreground. Tetapi tidak matching juga dengan geng-geng scrambler kat background sana, ih ih ih.  Aksi-aksi motocross / scrambler di atas boleh di shoot sebelah Stadium Sultan Mizan , Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.  Biasanya mereka mula praktis pada sebelah petang. 

Semua foto dirakam dan diolah oleh saya.


photo manipulation
The tree of love  --  Pohon cinta

Montaj ini saya ambil dari gambar yang saya buat untuk sepupu saya.  Dia suruh saya edit gambar orang kahwin dan buat manipulasi gambar. Oleh kerana model pengantin yang dia shoot yang saya letak dalam gambar ni yang asalnya dalam keadaan pandang pada kamera, maka saya tukar lah model itu dengan model pengantin lama yang saya shoot secara suka-suka dan cuba-cuba suatu masa dulu :D


Semua foto dirakam dan diolah oleh saya. :)


photo manipulation
A devout man at night under the moon light  --  Lelaki soleh pada waktu malam di bawah cahaya bulan

Terima kasih kepada bro Shahrul Mohd dan Ariff Romeo untuk setting CLS (Creative Light System) pada model ini. Dan terima kasih kepada anak sepupu saya Mohd Zaim Hassim yang menjadi model  :D

Semua foto dirakam dan diolah oleh saya. :)


Melentur buluh biarlah dari rebung - photo manipulation
Melentur buluh biarlah dari rebung

Kisah seorang gadis kecil belajar mengaji di waktu subuh di depan sebuah pondok kecil. Dengan cahaya matahari bersinar dan seekor bangau terbang lalu.

Semua foto dirakam dan diolah oleh saya.


split ocean photo manipulation
Across the split ocean  --  Merentasi belahan laut


Ini bukan gambar Nabi Musa a.s membelah lautan, tetapi konsep nya sahaja yang sama iaitu lautan terbelah. 

Semua foto dirakam dan diolah oleh saya. :)


hot and cold matte painting wallpaperHot and cold  --  Panas dan sejuk



Peace underwater



Vegefruit small ville at night


Untuk banyak lagi Manipulasi Foto dari saya, sila ke laman web rasmi saya di PhotoMalaya.  Terima kasih :)






Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (64) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.