Selama beberapa tahun kebelakangan ini, desas-desus telah beredar di Jepun tentang kewujudan satu bentuk kehidupan-humanoid raksasa yang menghuni perairan ais Antartika.
Dilaporkan ia telah dilihat dalam bermacam kejadian oleh kru-kru dari kerajaan Jepun dan kapal pemburu ikan paus. Ia dipanggil "Ningen" ("manusia") dikatakan sepenuhnya berwarna putih dengan panjang sekitar 20 hingga 30 meter.
Saksi mata menggambarkan mereka sebagai mempunyai bentuk seperti manusia, seringkali dengan kaki, lengan, dan bahkan lima jari tangan. Kadang-kadang mereka digambarkan memiliki sirip atau yang besar-seperti ekor puteri duyung yang bukannya kaki. Ciri-ciri wajah yang boleh dilihat hanyalah mata dan mulut.
Menurut satu catatan, ahli -ahli kru di dek mengamati apa yang mereka fikir pada mulanya ialah kapal selam asing di kejauhan. Ketika mereka mendekatinya, bagaimanapun, menjadi jelas daripada bentuk luar biasanya bahawa ianya bukan buatan manusia - ianya hidup. Makhluk itu dengan cepat menghilang di bawah air.
Untuk sebahagian besarnya, kewujudan Ningen dianggap sebagai sebuah lagenda moden. Banyak maklumat tentang makhluk ini mendapat liputan dan dapat ditelusuri kembali kepada siri posting di forum 2channel, ditulis oleh seseorang menggambarkan pengalaman seorang teman beliau yang bekerja dalam sebuah kapal milik kerajaan yang melakukan "kajian ikan paus".
Thread yang popular menarik perhatian banyak pembaca dari luar komuniti 2channel, dan edisi November 2007 majalah MU, penerbitan Jepun dikhususkan untuk mempelajari fenomena paranormal, memaparkan artikel tentang humanoids Antartik.
Artikel itu membuat spekulasi tentang kemungkinan makhluk-makhluk tak dikenali yang menghuni laut selatan, dan ini termasuk screenshot Google Maps yang menunjukkan apa yang kelihatan seperti Ningen di Lautan Atlantik Selatan di luar pantai Namibia.
Hingga saat ini, tidak ada bukti kukuh yang telah dilaporkan untuk mengesahkan kewujudan Ningen. Pihak kerajaan dipercayai menyimpan rekod terperinci mengenai penampakan, tetapi mereka tidak mendedahkan maklumat kepada awam dan telah dilaporkan bahawa saksi mata diperintahkan agar berdiam diri. Sama keadaannya dengan kes-kes penampakan alien, UFO dan sebagainya. Maka ianya mungkin boleh dihubung-kaitkan dengan Teori Konspirasi.
Video di bawah menunjukkan Ningen di dalam air yang telah diposting di YouTube.
Penampakan Ningen biasanya berlaku pada waktu malam, membuatkan mereka semakin sukar untuk difoto kan. Pada gambar kaku, cryptids laut itu biasanya hanya nampak seperti bongkah ais, begitu juga dikatakan bahawa mereka berkulit lembut, seperti kulit manusia dan boleh dilihat apabila foto-foto nya diperbesarkan.
Mungkin lagenda tentang Ningen ini hanya lah satu penipuan dari sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri ....... Wallahu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)