Berita Terkini

Suami percayakan bomoh, ugut cederakan isteri

Dah lah menyimpan wanita simpanan, kemudian percaya pula pada bomoh yang mengatakan isterinya yang bertanggung jawab terhadap penyakit yang dialami oleh wanita simpanannya tadi. Insaflah wahai tok-tok bomoh dan anak-anak bomoh, hentikanlah perbuatan menipu orang dan bersubahat dengan jin-jin yang ingin menghancurkan aqidah anak-anak Adam.

BERNAMA - Akibat terlalu percaya kepada tilikan bomoh, seorang suami sanggup mengugut untuk mencederakan isterinya kerana dikatakan bertanggungjawab terhadap penyakit yang dihidapi perempuan simpanannya.

Menurut Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, si isteri yang berumur 43 tahun dituduh menggunakan tangkal bagi mendatangkan penyakit terhadap perempuan simpanan suaminya.

"Suaminya, seorang peniaga, 41, telah mempercayai tilikan dua orang bomoh yang disyaki penipu dengan mengatakan bahawa perempuan simpanannya sakit teruk setelah terkena buatan isterinya.

"Berang dengan perkara itu lelaki berkenaan sanggup menggugut akan mencederakan isterinya jika beliau (isteri) tidak membuang tangkal yang diletakkan di suatu tempat seperti yang dikatakan oleh bomoh dalam tilikannya," katanya.

Beliau berkata, wanita itu juga seorang peniaga yang masih tinggal bersama suaminya terkejut dengan tuduhan itu dan menafikan terlibat dalam sebarang perbuatan yang membuat perempuan simpanan suaminnya itu sakit.


Via - Bernama


“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya ujian (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.” Surah Al-Baqarah : Ayat 102


"Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal (kahin) dan membenarkan apa yang dikatakan olehnya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang di turunkan ( oleh Allah) kepada Muhammad" (hadith ini di riwayatkan oleh Abu daud)

Syeikh Abdul Rahman berkata, Al Kahin ialah orang yang mengkhabarkan perkara-perkara ghaib yang kononnya akan berlaku pada masa akan datang. Menurut pendapat lain, ia adalah orang yang dapat menceritakan isihati seseorang.

"Bukanlah daripada golongan kami orang yang menilik nasib atau ditilik nasib untuknya atau meramal atau diramalkan untuknya atau melakukan sihir atau dilakukan sihir untuk kepentingannya. Barangsiapa yang mendatangi kahin lalu membenarkan apa yang yang diperkatakan olehnya maka sesungguhnya ia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad" (Riwayat Al Bazzar dengan isnad yang baik).

"Sesiapa yang mendatangi Arraf atau tukang sihir atau kahin dan bertanya sesuatu kepadanya lalu membenarkan apa yang diperkatakan olehnya, maka sesungguhnya ia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Muhammad”. (Riwayat Al Bazzar).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.