Berita Terkini

Rahsia orang asli berkenaan Herba Belantara di Muzium Negara

Hutan Malaysia menyimpan pelbagai khazanah asli yang boleh dimanfaatkan sebagai ilmu perubatan tradisional.

Namun kebanyakannya masih menjadi misteri dengan hanya segelintir termasuk masyarakat Orang Asli menyimpan rahsia kehebatan dan kegunaan sumber hutan itu.

Menyedari kepentingannya, Muzium Negara cuba merungkai rahsia herba alam itu melalui pameran terbarunya, 'Magis Belantara: Herba Orang Asli', yang berlangsung sejak 14 Nov hingga 31 Dis ini.

Ketua Pengarah Muzium Negara Datuk Ibrahim Ismail berkata pameran itu antara lain bertujuan memberi pendedahan tentang rahsia, keistimewaan dan kegunaan herba dari sumber hutan dan hubungannya dalam konteks kebudayaan masyarakat Orang Asli.

"Selain untuk kepentingan pendokumentasian, melalui pameran ini kita juga mahu menonjolkan masyarakat Orang Asli ini juga ada sumbangannya dalam konteks pembangunan dan keilmuan yang tidak ternilai harganya.

"Mereka mempunyai pelbagai pengetahuan antaranya dalam bidang kesihatan diri, kesejahteraan dan kosmetik yang menggunakan herba alam dan kita harap pengetahuan itu dapat disampaikan kepada masyarakat tempatan dan juga pelancong," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Ibrahim berkata pameran yang dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang itu merangkumi pameran rahsia tumbuhan hutan, herba tradisi, magis ritual dan penghasilan herba dan pemuliharaan yang disediakan sendiri oleh masyarakat Orang Asli yang dibawa khas untuk pameran berkenaan.

Selain itu pada hujung minggu pula, pelbagai aktiviti sampingan termasuk gerai jualan herba, mengurut, demonstrasi penyediaan ramuan ubatan herba dan demonstrasi sewang berubat akan dilakukan, katanya.

Sementara itu, Jabatan Muzium di dalam kenyataan medianya memaklumkan bahawa sejumlah 2,409,443 pelawat mengunjungi 19 buah muzium di bawah jabatan itu sepanjang bulan Januari hingga kini.

Muzium Negara mencatat jumlah pelawat paling tinggi dengan 888,998 pengunjung diikuti Muzium Perak (299,787) dan Muzium Etnologi Dunia Melayu, Kuala Lumpur (232,102).

Muzium-muzim lain yang turut mencatatkan statistik pelawat yang tinggi termasuk Muzium Senikraf Orang Asli, Kuala Lumpur (149,113), Muzium Arkeologi Lebah Bujang, Kedah (112,462), Muzium Marin, Labuan (151,501), dan Galeria Perdana, Langkawi di Kedah (124,876).


Sumber - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.