Satu cahaya aneh yang berwarna putih berputar-putar di langit Norway awal Sabtu pagi, 9 Disember 2009, sekitar 7:50 waktu setempat.
Anehnya, ia kelihatan seperti ada hubungan dengan aurora borealis, atau cahaya utara, fenomena kemagnetan alam yang seringkali boleh dilihat di bahagian dunia itu.
Cahaya itu dilihat sehari sebelum Presiden Barack Obama dijadualkan untuk memberikan pidato penerimaan di Oslo, Norway untuk Hadiah Nobel Keamanan (Nobel Peace Prize) yang akan diterimanya.
Misteri bermula apabila cahaya biru kelihatan melayang dari belakang sebuah gunung di utara negara itu. Ia berhenti di udara, lalu mulai bergerak dalam pusaran. Dalam beberapa saat spiral raksasa itu telah menutupi seluruh langit. Kemudian cahaya hijau-biru melesat keluar dari pusatnya - yang berlangsung selama sepuluh hingga 12 minit sebelum menghilang sepenuhnya.
Kehadiran itu digambarkan sebagai 'seperti bola api besar yang beredar, dengan cahaya besar di sekitarnya' dan 'bintang jatuh yang berputar-putar'.
Institut Meteorologi Norway dibanjiri telefon selepas ribut cahaya. Totto Eriksen, daripada Tromsø, mengatakan kepada VG Nett, 'ia berputar dan meledak di langit.'
Dia melihat cahaya itu ketika dia berjalan bersama anak perempuannya Amalie ke sekolah. Dia berkata: "Kami melihatnya dari Inner Harbor di Tromsø. Ia benar-benar mengkagumkan. "Ia hampir kelihatan seperti sebuah roket yang berputar dan kemudian pergi secara menyerong ke langit.
"Ia kelihatan seperti bulan yang datang dari gunung, tetapi kemudian muncul sesuatu yang sama sekali berbeza. 'Selebriti astronomi iaitu Knut Jorgen Roed Ødegaard mengatakan dia belum pernah melihat cahaya seperti itu.
Dia berkata: 'Pertama kali saya terfikir bahawa itu adalah bola api meteor, tetapi ia telah berlangsung terlalu lama. "Itu mungkin satu peluru berpandu / misil (missile) di Russia, tetapi saya tidak dapat menjamin bahawa itu adalah jawapannya." Kawalan lalu lintas udara di Tromso mendakwa pertunjukan cahaya itu berlangsung 'terlalu lama' untuk dikatakan sebagai fenomena astronomi.
Jurucakap pertahanan Norway Espen Jon Lien juga mengatakan cahaya itu mungkin daripada ujian misil Russia. Dia mendakwa ianya normal bagi Russia untuk menggunakan Laut Putih dan Laut Barents sebagai kawasan pengujian.
Tromso peneliti Observatorium Geofizik Truls Lynne Hansen bersetuju, mengatakan misil itu mungkin melencong di luar kawalan dan meletup, dan spiral itu menunjukkan tentang bahan bakar yang bocor.
Tapi misteri itu semakin rumit apabila Russia membantah telah melakukan ujian misil di kawasan itu. Sebuah berita dari Moscow outlet mengutip Tentera Laut Rusia mengaku tidak ada melancarkan roket dari wilayah Laut Putih.
Kementerian Pertahanan Russia ini tidak dapat dihubungi untuk sebarang komen.
Sumber - DailyMail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)