Seorang lelaki dari Amsterdam, Netherlands yang mengatakan ia menghabiskan dua dekad mengumpul pil Ecstasy / pil khayal semua warna dan bentuk sebagai hobi, sudah melaporkan kepada pihak polis untuk membantu selepas kesemuanya dicuri - kerana beberapa daripada 2,400 pil dalam koleksinya beracun.
Polis mengatakan lelaki berusia 46 tahun itu, yang tidak dikenalpasti, memutuskan untuk melaporkan kecurian itu juga meskipun membuat koleksi pil itu juga salah di sisi undang-undang kerana ia bimbang tentang konsekuensi yang mungkin terjadi jika orang itu menelan salah satu pil beracun.
Sebuah laporan dalam De Volkskrant hari Selasa mengatakan lelaki itu mendakwa bahawa dia bukan pengedar atau pengguna dadah.
"Saya sudah mencuba dahulu tetapi tidak menyukainya," katanya. "Saya semangat untuk mengumpul kerana koleksi itu pelbagai warna, bentuk dan logo yang tercetak pada pil."
Menurut kenyataan polis, lelaki itu mengumpul pil selama 20 tahun dan dengan hati-hati menyimpannya di folder mengumpul syiling.
Sumber - AP
Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar (arak) dan mereka menamakannya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan Allah swt. akan mengubah mereka menjadi kera atau babi". Hadith Riwayat Ibnu Maajah
Sememangnya di zaman ini banyak keluar minuman-minuman, dadah, pil-pil khayal yang memabukkan. Kesemuanya itu memabukkan sama seperti arak, cuma ianya tidak dinamakan dengan nama khamr / arak. Ini semua telah diperingatkan oleh Nabi Muhammad S.a.w dahulu tentang peristiwa yang akan berlaku di akhir zaman ini. Dan ianya BUKTI jelas bahawa peringatan dari Rasulullah itu benar-benar sudah berlaku sekarang ini.
Semoga kita dijauhkan dari perbuatan-perbuatan yang dilarang sebegini. Dan semoga kita gunakan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah S.w.t kepada kita dengan sebaik mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)