Berita Terkini

Beberapa kejadian anggota polis membunuh diri di Malaysia dan Indonesia

Adalah menjadi kebiasaan jika kes bunuh diri disiasat oleh anggota polis. Tetapi tahukah anda, ada juga beberapa kes anggota polis sendiri yang membunuh diri? Kes-kes anggota polis membunuh diri juga dilaporkan dengan sebab-sebab yang berlainan. Kes yang terbaru dilaporkan oleh Sinar Harian seperti di bawah;

Seorang anggota polis berpangkat Sarjan bertugas di cawangan tatatertib Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di sini, ditemui mati di lorong belakang lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, petang kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mendiang Marimutthu Manikam, 46, masih bujang ditemui seorang anggota dalam keadaan terbaring ketika melalui kawasan tersebut.

Menurutnya, hasil risikan dipercayai mendiang membunuh diri kerana mempu- nyai masalah peribadi dengan teman wanitanya dan kejadian turut dipercayai berlaku tengah hari.

“Berdasarkan kepada laporan forensik, kita percaya kejadian berlaku ketika rehat jika dilihat dari segi laporan darah, kedudukan darah serta kepekatannya,” katanya pada sidang media di pekarangan rumah mayat Hospital Gua Musang, malam kelmarin.

Abdul Rahim berkata, pada hari kejadian mendiang mengambil senjata di Ambra jam 7.40 pagi dengan alasan mahu ke Lojing.

“Sebelum meninggal juga, mendiang menulis surat pesanan kepada beberapa pegawai polis, termasuk saya, supaya menguruskan dirinya sekiranya berlaku apa-apa kepada dirinya, kerana itulah saya bergegas ke sini sebaik mengetahuinya,” katanya.

Abdul Rahim berkata, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah; Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hasan, Asistan Superintendan Balar dari Ibu Pejabat Polis Kelantan dan Inspektor Velu adalah nama yang diwasiatkan mendiang supaya ’menguruskan dirinya’.

Menurutnya, surat tersebut ditemui dalam bilik mendiang dan masih belum diserahkan kepada pegawai yang tersenarai.

Lain-lain kes anggota polis bunuh diri yang berlaku sebelum ini

- Rabu, 1 July 2009 - Laporan berita dari Okezone News menyebut, Aiptu Rusdil Hanif (41), anggota polis yang telah bunuh diri dengan cara menggantungkan diri di Rumah Tahanan (Rutan) Medaeng, Indonesia.

- 10 Mac 2009 - Laporan berita dari Detik News menyebut, Seorang anggota polis Polsek Jatinegara, Brigadier Rudi Wahyudi, disyaki mati kerana bunuh diri. Dakwaan tersebut dibuat kerana peluru dalam senjata revolver yang seharusnya berisi enam peluru, hanya empat peluru yang tertinggal. Dakwaan tersebut juga dikuatkan dengan hasil autopsi dari forensik Rumah Sakit Polri.

- Selasa , 16 Dis 2008 - Laporan berita dari Detik News menyebut, Karir Brigadier Suwarno (51) anggota Intelkam Polsek Cluwak, Pati, Selasa (16/12) meninggal dengan tragik. Setelah tersalah menembak mati penonton dangdut di Desa Bleber, Kecamatan Cluwak, Kabupaten Pati, Suwarno nekad mengakhiri hidupnya dengan menembak senjata api ke dalam mulutnya, dan menembus kepala bahagian belakang.

- Anggota polis Sektor Kota (Polsek) Kabil, Batam, Indonesia - Briptu Saver Iman Gea yang cuba membunuh diri dengan pistol akhirnya meninggal sekitar pukul 16.25 WIB setelah dirawat di ICU tingkat II Rumah Sakit Awal Bros.

- Isnin, 18 April 2005 - Tempo Interaktif melaporkan, Bripda Yohanes Widiyanto, 24 tahun, anggota Intelpam Polres Cirebon, ditemui mati di hadapan patung Pieta (patung Bunda Maria yang sedang memangku jenazah Yesus) di dalam Gereja Katolik Santo Antonius, Kotabaru, Yogyakarta, Isnin (18/4) pukul 07.30. Yohanes Widiyanto dipercayai mati akibat bunuh diri dengan luka tembak di kepala.


Semoga kita dijauhkan dari godaan syaitan untuk membunuh diri.

1 ulasan:

  1. saya ingin dapatkan maklumat lanjut berkenaan marimutthu manikam.
    Adakah dia berasal dari Pahang dan pernah bertugas di Sarawak dalam Pasukan Polis Hutan?

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.