Berita Terkini

Presiden Barack Obama menerima Anugerah Nobel Keamanan

Sungguh TIDAK RELEVAN seorang presiden negara yang dari dulu sampai sekarang asyik menjajah dan memanipulasikan negara orang lain dikurniakan Anugerah Nobel Keamanan (Nobel Peace Prize). Tetapi itulah yang diterima oleh Presiden Barack Obama di Oslo, Norway pada hari Khamis lalu.

Dalam pidato nya pada upacara itu, didahului dengan keriuhan tiupan trompet di dalam dewan, Obama menyatakan bahawa beliau tidak akan "berdiam diri" dalam menghadapi ancaman terhadap Amerika Syarikat. Tetapi bagaimana pula dengan ancaman Amerika Syarikat terhadap negara lain atau kumpulan lain?

Dia juga menyentuh tentang 9/11 pada tahun 2001 yang mana masih menuduh bahawa itu angkara kumpulan AlQaeda. Mengapakah setelah sekian banyak bukti dikeluarkan bahawa itu adalah kerja dalaman kerajaan AS sendiri dan langsung tidak ada bukti bahawa itu adalah kerja AlQaeda tetapi Obama masih tetap menuduh AlQaeda?

Sebuah undian pendapat CNN mendapati bahawa hanya 19 peratus orang Amerika percaya bahawa dia berhak mendapat anugerah itu manakala 43 peratus berpendapat bahawa dia tidak layak menerimanya.

Sungguh pun ramai rakyat Amerika Syarikat sendiri yang tidak menyukai Presiden dan agenda kerajaan mereka, tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Kerana kuasa, ekonomi, ketenteraan, politik dan sebagainya dipegang oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab yang dikenali sebagai Illuminati.

3 ulasan:

  1. Apa sumbangan Obama?

    BELUM pun setahun menjadi Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sudah mendapat pengiktirafan tertinggi sekurang-kurangnya dari kaca mata barisan Jawatankuasa Nobel Norway.

    Obama dipilih sebagai penerima Hadiah Nobel Keamanan 2009 sekali gus meletakkan beliau setanding dengan nama-nama besar lain yang pernah menerima pengiktirafan itu. Mereka termasuk Nelson Mandela, Mother Teresa dan Aung San Suu Kyi.

    Logik pengiktirafan Obama adalah kerana beliau dikatakan telah merintis usaha yang luar biasa dalam menguatkan hubungan diplomasi dan kerjasama antarabangsa serta dengan seluruh penduduk dunia.

    Di seluruh dunia, pengiktirafan kepada Obama itu disambut dengan pelbagai reaksi yang rencam. Hadiah Nobel Keamanan 2009 itu dilihat sesuatu yang terlalu besar ketika pentadbiran Obama belum menunjukkan kejayaan yang luar biasa.

    Di tanah air sendiri, Obama juga masih bergelut dengan isu yang menjadi persoalan besar di kalangan rakyat terhadap dasar-dasar domestik beliau. Ia termasuk usaha untuk memenangi sokongan terhadap pelan rombakan program penjagaan kesihatan AS yang dinilai oleh kebanyakan pemerhati sebagai perbelanjaan yang tinggi.

    Krisis ekonomi yang menyaksikan negara itu mencatat kadar pengangguran tertinggi dalam tempoh 26 tahun juga masih belum menampakkan tanda-tanda pemulihan.

    Apa yang membuatkan Obama lebih menjadi sasaran ialah apabila berbilion-bilion dolar sudah dilaburkan ke arah itu. Pakej rangsangan ekonomi berjumlah kira-kira AS$787 bilion seperti yang diumumkan Obama pula dikatakan tidak menunjukkan petanda positif dengan kemungkinan negara itu memerlukan satu lagi pakej serupa.

    Dalam masa yang sama, kadar pengangguran juga semakin meningkat dan defisit bajet melambung tinggi.

    Memandangkan Hadiah Nobel Keamanan itu bersifat rentas antarabangsa, ia tidak boleh mengelak daripada dibandingkan dengan dasar luar AS di tangan Obama. Ironinya, Obama menerima anugerah itu ketika beliau sedang sibuk menyusun strategi mengukuhkan kekuasaan di Afghanistan.

    Bermula bulan ini, seramai 30,000 orang lagi anggota tentera AS ditambah di negara itu untuk jangka tempoh sehingga 2011. Berselindung di sebalik memerangi kumpulan militan terutamanya Taliban dan al-Qaeda yang kononnya semakin aktif,

    Obama pastinya lebih mengetahui kehadiran tentera itu di negara berkenaan hanya akan lebih meningkatkan serangan. Taliban yang sebelum ini merupakan pemerintah di negara itu pastinya tidak akan berhenti menyerang kepentingan AS sehingga mereka keluar dari bumi Afghanistan.

    Malah di kalangan rakyat Afghanistan sendiri, mereka masih lagi beranggapan bahawa Taliban adalah pemimpin sebenar berbanding Presiden Afghanistan, Hamid Karzai yang sebenarnya lebih kepada boneka AS.

    Justeru di mana peranan Obama sebagai seorang yang membawa misi aman dalam dasar luar negara itu di Afghanistan ini? Lebih malang, operasi tentera AS di Afghanistan itu sebenarnya strategi serampang dua mata dalam mengukuhkan kedudukan di Pakistan seterusnya di rantau Asia Selatan.

    BalasPadam
  2. Di Iraq pula meskipun Obama sudah mengumumkan pengunduran tentera AS secara besar-besaran, namun ia sehingga kini masih menjadi dasar yang penuh teka-teki.

    Antara yang dipersoalkan ialah tempoh penarikan semula yang pada asalnya ditetapkan selama 16 bulan tetapi dilanjutkan kepada 23 bulan. Penarikan tentera itu pula tidak sepenuhnya, tetapi hanya di beberapa wilayah dengan pangkalan tentera AS masih kekal beroperasi di Iraq.

    Jika diperhatikan, dasar-dasar di bawah Obama sehingga kini sebenarnya tidak banyak berubah daripada apa yang telah dilaksanakan oleh Presiden terdahulu, George W. Bush. Sedangkan Obama sebelum ini dilihat begitu bersungguh-sungguh cuba membezakan corak pemerintahannya dengan Bush.

    Jika Bush gila berperang dengan Iraq, apa bezanya dengan Obama yang gila berperang dengan Afghanistan? Sekali lagi, apa maknanya Hadiah Nobel Keamanan itu?

    Satu lagi kebijakan dasar luar Obama yang ditunggu oleh dunia ialah pendirian dan komitmennya dalam krisis 60 tahun Asia Barat. Selepas Bush dikritik hebat oleh dunia Islam kerana dikatakan lebih kejam terhadap rakyat Palestin berbanding Israel sendiri, kehadiran Obama mencetus gelombang harapan tinggi dalam usaha damai di rantau itu.

    Meskipun tidak pernah memberi isyarat jelas bahawa akan membela nasib rakyat Palestin, namun hubungan rapat Obama dengan Islam menjadi sandaran.

    Faktornya ialah nenek dan datuk Obama merupakan Muslim dan dia sendiri pernah menetap dan bersekolah di Indonesia, iaitu negara Islam terbesar di dunia. Namun sehingga kini, tiada satu pun kebijakan luar Obama yang mampu memberi jaminan terhadap berdirinya sebuah negara Palestin yang merdeka.

    Malah, tindak-tanduk pentadbiran Obama juga secara jelas lebih menjurus kepada kepentingan Israel termasuk dari sudut hubungan tentera dan ekonomi.

    Dalam dasar luar terhadap Iran dan Korea Utara berhubung isu nuklear juga, Obama masih meneruskan pendirian menekan negara berkenaan di sebalik kesediaan mereka membuka pintu kepada pasukan penyiasat memeriksa aktiviti nuklear masing-masing.

    Pendirian tegas Obama semakin terserlah selepas kedua-dua negara nuklear berkenaan silih berganti mengadakan ujian peluru berpandu masing-masing yang kejauhannya mampu menjangkau sehingga ke wilayah AS.

    Banyak lagi sebenarnya dasar Obama yang tidak selari dengan kriteria yang perlu ada pada penerima Hadiah Nobel Keamanan.

    Namun, pertikaian mengenainya tidak mungkin boleh merubah apa-apa dan maruah anugerah itu kini terletak di tangan Obama untuk benar-benar memastikan dunia ini akan lebih aman.

    Sumber - Utusan Malaysia , 12 Dis 2009

    BalasPadam
  3. Di Iraq pula meskipun Obama sudah mengumumkan pengunduran tentera AS secara besar-besaran, namun ia sehingga kini masih menjadi dasar yang penuh teka-teki.

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.