KANSAS CITY - Pertubuhan keagamaan yang dikenali membantah pengebumian tentera Amerika dan vokal menentang hak-hak untuk kaum gay dan lesbian kini mempunyai sasaran seterusnya iaitu Lady Gaga.
Westboro Baptist Church yang berasas di Kansas, yang dipimpin oleh Reverend Fred Phelps, mengeluarkan siaran berita, Selasa lalu di mana mereka mendakwa Lady Gaga (nama sebenar Stefani Germanotta) akan "pergi ke neraka" kerana dituduh mengetuai "pemberontakan" terhadap Tuhan.
Mesej yang disampaikan oleh Reverend Fred berbunyi "Merry Christmas Lady Gaga you’re going to hell!"
Siaran berita diteruskan dengan membaca tujuan gereja untuk membantah konsert yang akan datang Lady gaga di Fox Theatre di Missouri pada 7 Januari.
Mereka mendakwa bahawa Gaga adalah 'pembenci Tuhan' dan memimpin jutaan remaja kepada kesesatan dengan lagu-lagu provokatifnya, persembahannya dan menyokong hak-hak kaum gay.
"Lady gaga mempromosikan pemberontakan terhadap Tuhan - dia perlu mendapatkan Bible (Alkitab) dan mengubah cara hidup.", kata Reverend Fred Phelps.
Via - Fox40
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)