Gambar mencari damai berhampiran pantai Tok Jembal
Pantai Tok Jembal terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud. Pantai ini telah dipenuhi oleh timbunan batu-batu yang bertujuan untuk mengelakkan dari ombak menyerbu lagi kuat, kesan dari penambakan lapangan terbang.
Walaupun begitu, hakisan-hakisan teruk tetap berlaku , menyebabkan banyak pokok-pokok besar runtuh di tepi pantai. Dari segi alam sekitar, ianya adalah suatu perkara yang tidak diingini. Tetapi dari segi fotografi, ia menambahkan subjek-subjek menarik dan unik di tepian pantai.
Gambar foto sunrise, lopak air, matahari dan refleksi berhampiran pantai Tok Jembal
Gambar kawasan yang dilanda hakisan teruk di pantai Tok Jembal
Gambar kilauan matahari dan refleksi di pantai Tok Jembal
Gambar ombak berpusar di pantai Tok Jembal
Gambar tayar dalam buih-buih ombak yang menghempas - Night shot
Gambar di atas, saya expose selama 204 saat, F/4 , ISO 200 , Flash ON. Saya gunakan flash untuk memberhentikan (freeze) aksi hempasan ombak itu pada tayar. Jika tidak, air akan menjadi berkabus semata-mata ....... kerana kali ini saya mahu agar moment splash tu dapat ditangkap dalam night shot saya.
Pantai Tok Jembal dan bot-bot nelayan
Gambar foto ombak menyerbu pantas di pantai Tok Jembal
Gambar foto bunga Kembang Pagi purple (Purple Morning Glory) di tepi pantai dengan bokeh sinaran mentari atas air laut
Gambar bunga Purple Morning Glory atas pasir
Gambar bunga Kembang Pagi putih (White Morning Glory) di tepi pantai
Gambar kilauan cahaya matahari (sun sparkles) atas permukaan air laut kesan dari pancaran cahaya matahari
Berhampiran dengan pantai Tok Jembal ini ada kawasan semak-samun yang sesuai untuk bermacro juga.
Gambar foto lebah hitam terbang menghampiri ranting kayu
Gambar lebah hitam membentangkan sayapnya
Sila lihat juga Cendawan dan Kulat di tepi Pantai Tok Jembal