Berita Terkini

Apa itu Arborsculpture

Seni kraf laman bentuk batang, dahan dan akar pokok


PERNAHKAH anda mendengar arca pokok atau 'arborsculpture'? Ia adalah teknik yang sudah lama wujud, namun masih baru dalam seni hias laman di negara ini.

Arca pokok ialah teknik menanam pokok dan membentuk pokok menjadi bentuk dikehendaki sebagai tarikan kepada laman atau taman. Ia adalah satu teknik seni atau kraf untuk membesarkan sambil membentuk batang, dahan, dan akar pokok.

Kaedah yang digunakan termasuklah cantuman (graf ting), bengkokan dan pe mangkasan batang, dahan dan cabang seakan-akan kaedah topiari, espalier, bonsai dan pleaching.

Perkataan arborsculpture terhasil daripada perkataan arbor (pokok dalam bahasa Latin) dan sculpture (arca). Perkataan ini mula diketahui hasil penulisan Reames dan Delbol dalam buku How to Grow a Chair- The Art of Tree Trunk Topiary 1995.

Reames menggunakan perkataan berkenaan sebagai percubaannya menyeragam kan cara pembentukan batang yang banyak dilakukan pencinta seni kraf berke naan. Sejak itu, perkataan itu sering digunakan dalam media walaupun wu jud kontroversi mengenainya.

Istilah ‘arborsculpture’ kian diterima dan mendapat liputan meluas. Anehnya, perkataan berkenaan masih belum dijumpai dalam mana-mana kamus Inggeris.

Apakah kaedah yang digunakan untuk membentuk arca pokok? Kaedah yang digunakan bergantung kepada keupayaan pokok itu dibentuk atau disatukan melalui cara cantuman serta kemampuan mengekalkan bentuk yang baru ketika pembentukan lapisan kayu baru bagi membendung bentuk yang diinginkan.

Bagaimana cantuman di ha silkan. Ia dilakukan dengan memotong dua atau lebih bahagian pokok dengan membuang kulit kayu mele pasi lapisan kambium (lapisan tisu yang juga dipanggil ‘me ristem’ yang menjadi sumber sekunder untuk pertumbuhan sel), kemudian mengikat bahagian yang luka bersama agar melekat dengan baik sehingga bahagian pokok yang dicantum membesar bersama. Ia seakan kaedah dilakukan untuk proses ‘tut’ pokok.

Selain percantuman pokok, kaedah pemangkasan dilakukan bagi membuang dahan yang tidak dikehendaki bagi membentuk arca yang diinginkan.

Pemangkasan juga dilakukan bagi tujuan pertumbuhan batang dan dahan baru, manakala pemotongan di atas tangkai daun boleh mengawal arah pertumbuhan pokok. Jika daun menghala ke kanan, potongan di atas tangkai daun itu akan menghasilkan pertumbuhan baru menghala ke kanan, begitu juga sebaliknya.

Dengan kata lain, membentuk arca pokok ini dapat dilakukan dengan memani pulasi tisu pokok untuk mengi kut bentuk yang dikehendaki sama ada bentuk kerusi, meja atau orang.

Peralatan yang digunakan membuat arca pokok ini yang biasa digunakan untuk berkebun dan penyelenggaraan tanaman hias dan pokok teduhan seperti alat pemangkasan tangan (handpruners/secatuer) dan gergaji pemangkas (pruning saw).

Selain itu, gunting kebun (shears atau pruning shears) dan perapi pagar renek (hedge trimmer) juga boleh digunakan seperti dalam kaedah membentuk topiari dan pagar renek.

Bagi menghasilkan arca pokok yang cantik, apa saja barang untuk membentuk pokok seperti papan kayu, paip, tali, dawai, pita boleh digunakan. Malah, objek seperti bangku logam boleh dijadikan acuan.

Masa yang diambil bagi membentuk arca pokok bukannya singkat, bergantung kepada pertumbuhan pokok dan arca yang ingin dibentuk. Bagi bentuk yang mudah dan pokok yang cepat membesar, tempohnya mungkin lebih singkat berbanding arca pokok yang lain.

Dengan kata lain, jangka waktu untuk pertumbuhan dan pembinaan projek arca pokok berbeza bergantung kepada saiz pokok, kadar pertumbuhan pokok, kadar pemupukan, ketinggian reka bentuk dan kaedah yang digunakan.

Apa pun, bagi yang sukakan kelainan dan seni perkebunan, arca pokok perlu dicuba kerana satu yang baru dan menarik untuk laman anda.


Perbezaan arca pokok dengan topiari


Topiari bukan hanya memanipulasi batang pokok, tetapi ia adalah seni dan kemahiran menghasilkan bentuk de ngan menggunakan dedaun pokok. Secara kontras, pada arca pokok, keutamaannya ialah dengan memanipulasikan batang pokok dan menggabungkan pokok dengan kaedah cantuman. Arca pokok boleh mencakupi sebahagian daripada seni topiari, tetapi topiari bukanlah ciri dan pertimbangan utama secara keseluruhannya.

Cantuman boleh jadi digu nakan untuk topiari, tetapi penggunaannya sangat terhad dan jarang sekali digunakan. Arca pokok lebih kepada membentuk pokok menjadi seperti perabot dan barangan yang dibina secara eksklusif mengguna kan tumbesaran pokok dan cantuman tisu tumbuhan. Bentuk berkenaan dipisahkan dari akarnya atau dialih dari tanah; bukan lagi menjadi organisme yang hidup manakala topiari hampir-hampir terbatas kepada organisme hidup (tumbuhan) yang berdaun. Topiari hampir keseluruhannya membabitkan pemotongan dan pembentukan dedaun, sedangkan projek arca pokok boleh dibuat dengan mudah tanpa pemotongan dedaun.


Perbezaan dengan espalier


Espalier ialah satu teknik hortikultur melatih pokok melalui teknik pemangkasan dan cantuman bagi membentuk dahan pokok menjadi pola 'dua-dimensi' rasmi atau satu permukaan. Namun, projek arca pokok tidak terbatas kepada satu permukaan yang leper (dinding tembok) atau berpola. Kedua-dua teknik boleh menggunakan pokok yang berbuah, tetapi pokok dilatih secara espalier tidak pernah diketahui dibentuk menjadi bangku, bingkai cermin, meja atau orang.

Teknik espalier popular pada Zaman Pertengahan di Eropah bagi menghasilkan buah yang mana pokok ditanam pada sebelah dalam dinding laman istana tanpa mengganggu kawasan terbuka, selain menghias dinding. Bukti menunjukkan kaedah ini sudah lama digunakan mungkin seawal zaman purba Mesir.

Espalier lebih bertujuan menghias laman serta se suai digunakan untuk taman ruangnya terhad. Ia juga boleh ditanam bersebelahan dinding yang akan memantulkan lebih sinar matahari dan membendung haba pada malamnya. Buah pada pokok sebegini matang dengan lebih cepat. Jenis pokok yang sesuai untuk teknik ini adalah zaitun, buah tin (fig), epal dan pear. Peach, plum, aprikot dan ceri juga boleh ditanam meleper pada dinding.


Perbezaan dengan teknik menjalin dahan pokok (pleaching)


Pleaching ialah seni melatih pokok menjadi pagar renek (hedge) yang ditinggikan atau untuk membentuk quincunx (corak susunan lima unit yang terdapat pada lima titik pada buah dadu, daun terup, atau domino). Biasanya pokok-pokok berdaun luruh ditanam berbaris, kemudian dibuat untuk membentuk permukaan yang leper di atas aras tanah. Dahan-dahan pokok dijalinkan, kulit kayu ditoreh pada tempat bertembung dan diikat bersama. Ia akan membesar bersama, proses yang sama dengan cantuman.


Perbezaan dengan bonsai


Bonsai ialah seni menanam pokok di dalam pasu dan bekas, menggunakan teknik pemangkasan untuk menge kalkan pokok dalam saiz mini menggunakan kawat tembaga bagi membentuk membentuk dahan dan cabang. Kaedah bonsai biasanya dengan membengkok dahan menyamai bentuk ter tentu. Projek bonsai dirancang untuk tampil seolah-olah ia tidak dibentuk manusia, ia sepatutnya me lambangkan pokok yang kecil berbentuk asli, yang boleh dijumpai tumbuh meliar.

Arca pokok adalah konsep yang bertentangan kerana ia dalam bentuk yang sebenarnya.


Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my

Sumber - Berita Harian

Beberapa gambar Arborsculpture

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.