Sejenis seluar robotik Exoskeleton revolusi yang membolehkan orang-orang yang lumpuh kaki (paraplegic) untuk berdiri dan berjalan menaiki tangga telah dipamerkan di United Kingdom.
Alat bionik perintis, yang disebut ReWalk, adalah idea daripada jurutera Amit Goffer, pengasas Argo Medical Technologies, sebuah syarikat berteknologi tinggi kecil Israel.
Dia mengatakan pakaian ala Robocop itu akan menjadi peranti ideal untuk tentera British yang cedera.
Sistem itu, yang memerlukan tongkat ketiak untuk membantu keseimbangan, terdiri daripada penyokong kaki bermotor, sensor tubuh dan bungkusan belakang (back pack) yang mengandungi tempat kawalan berkomputer dan bateri yang boleh dicaj.
Pengguna memilih tetapan dengan band pergelangan tangan remote control - berdiri, duduk, berjalan, turun atau naik - dan kemudian membongkok ke depan, mengaktifkan sensor tubuh dan menetapkan kaki robotik untuk bergerak.
Sistem ini akan boleh didapati dengan harga £50,000 bagi pengguna peribadi mulai awal 2012.
Sumber - Mail Online , Telegraph.co.uk
~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)