Berita Terkini

Salamphone tawarkan khidmat prabayar telefon mudah alih syariah

Salamphone yang diambil dari nama syarikat Salamphone sdn bhd , anak syarikat Reach Telecom Kuwait, Rabu melancarkan perkhidmatan mudah alihnya yang berlandaskan syariah.

Syarikat itu mengatakan bahawa perkhidmatan mudah alih Salamphone akan beroperasi menggunakan sistem rangkaian Maxis Bhd yang pertama di dunia menyediakan produk dan perkhidmatan yang mengetengahkan kandungan Islam.

Tambah nilai boleh didapati dari kedai 7/11 , stesyen Petronas, Shell, ATM RHB Bank, Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Kuwait Finance House.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Salamfone, Kamshul Kasim, perkhidmatan tersebut dijangka dilanggan oleh mereka yang lebih berminat terhadap produk dan perkhidmatan berasaskan nilai-nilai Islam dalam gaya hidup masing-masing pada masa ini.

Empat pasaran awal yang utama perkhidmatan mudah alih ini ialah Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan memandangkan negeri-negeri ini mempunyai bilangan penduduk beragama Islam yang paling ramai di Malaysia.

"Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan ialah program Infaq yang mana syarikat akan mendermakan satu sen setiap kali pelanggannya menelefon pelanggan Salamfone lain dan talian khusus yang menyediakan jawapan dalam sebarang persoalan berkaitan Islam."

"Selain itu, ia turut menyediakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) inspirasi agama yang disediakan secara percuma di samping nada dering lagu-lagu nasyid," katanya lagi.

Berdasarkan pelancaran awal yang berlangsung pada 29 Mac di Terengganu, 2 April di Kelantan dan 4 April di Kedah, Kamshul berkata minat terhadap Salamfone sangat menggalakkan dengan pengedar membeli stok kad SIM.


Sumber - Bernama , Kosmo


~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.