Seorang lelaki telah cuba memberitahu ibubapanya bahawa dia telah menelan berus gigi. Tetapi ibubapanya menyangka bahawa anak yang lemah-mental itu menipu kerana X-Ray yang dilakukan 2 bulan sebelumnya tidak dapat mengesan apa-apa.
Selama lebih 2 tahun, lelaki yang berusia 24 tahun dari Johor, Malaysia itu telah menelan sebanyak 13 batang berus gigi. Selepas kehilangan berat badan sebanyak 20kg dalam masa beberapa minggu dan mengalami demam panas beberapa hari lalu, dia akhirnya dibawa ke hospital.
Endoskopi telah dilakukan ke atasnya dan dijumpai 6 batang berus gigi tersemat di tekaknya. Selepas 5 jam pembedahan pula , pakar bedah telah mengeluarkan sebanyak 13 batang berus gigi dari dalam perutnya.
Keadaannya sudah semakin stabil tetapi masih dalam unit rawatan rapi. Ayahnya diberitahu oleh doktor kemudian bahawa X-Ray tidak boleh mengesan benda-benda plastik. Dia amat kecewa dengan doktor yang tidak memberitahunya ketika pemeriksaan sebelumnya.
Isterinya pula memberitahu bahawa anak kedua dari 5 beradik mereka telah lahir belum cukup bulan, dengan tali pusat hampir mencekiknya dan menyekat oksigen ke otaknya.
Via - AsiaOne News
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)