Saintis berkata, katak-katak belajar untuk mengenali bau musuh ketika mereka masih membesar sebagai embrio lagi. Pengkaji-pengkaji di Amerika Syarikat dan Kanada mendapati bahawa embrio katak kayu (woodfrog) mampu belajar tentang tahap ancaman, yang didedahkan oleh bakal pemangsa mereka iaitu cicak Salamander.
Embrio-embrio diletakkan di dalam air yang mengandungi bau Salamander dan bau anak berudu yang cedera. Embrio-embrio itu belajar bahawa bau pemangsa itu adalah satu ancaman. Jika bau itu semakin kuat, maka reaksi semakin dramatik dari embrio-embrio itu.
Maud Ferrari, seorang ahli Biologi dari Universiti California Davis yang mengetuai kajian berkata pembelajaran ini telah dapat dilihat pada ikan , larva amfibia dan larva nyamuk. Dia dan kumpulannya melaporkan penemuan ini di dalam 'journal Behavioural Ecology and Sociobiology'.
Via - BBC News
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)