Kang Mengru, seorang kanak-kanak dari China yang mengandung kembarnya sendiri telah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan kembarnya itu yang telah meninggal dunia di dalam perutnya. Keadaan yang berlaku 1 dalam 500,000 kelahiran itu kini sudah dihilangkan dari diri Kang.
Kanak-kanak yang telah dibuang oleh ibu bapanya itu telah diambil sebagai anak angkat oleh seorang pekerja ladang iaitu Wang Guihua, 35 dan suaminya. Wang menjumpai Kang setelah mendengar tangisannya di sebuah padang.
Wang dan suaminya Kang Xiqing, 43, tidak mempunyai anak sendiri, dan mereka dibenarkan untuk mengambil Kang sebagai anak angkat.
Selepas menjalani 10 jam waktu pembedahan, Kang semakin pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Kesulitan untuk memakan makanan pejal dan sentiasa mengalami rasa sakit di perutnya kini sudah tidak dialaminya lagi.
Kang masih mempunyai rahim dan ovari , maka suatu hari nanti dia masih boleh mengandung anak sendiri." Kata ibu angkat nya Wang.
Kang Mengru ketika mengandung kembarnya dulu
Via - Telegraph.co.uk
Alhamdullilah..Senang sekali mendengar penderitaan kana-kanak ini telah berakhir..memang ngilu dan pedih sekali kalau penderitaan dan penyeksaan melibatkan kanak-kanak seluruh dunia..kdg diseksa,dipukul,didera,dirogol dan dibunuh. Apelah yang mampu mereka lakukan..hanya menagis dan menangis kesakitan dan meminta dilepaskan..
BalasPadam