Berita Terkini

Panduan memulakan sebuah blog

Assalaamu'alaikum w.b.t..... dan selamat sejahtera. Di sini akan diberikan panduan membina blog secara asas. Ada banyak jenis blog di internet dari yang berbayar hingga kepada yang percuma. Blog percuma pun ada bermacam-macam penyedia. Tapi untuk permulaan ini, saya hanya mahu menceriterakan cara-cara membina blog percuma menggunakan Blogger. Sepertimana yang telah sedia maklum, Blogger adalah milik kepada syarikat Google sekarang. Siapa gak yang tak kenal Google, kurang sikit je glamer dia dari laman web saya ni hehe, jangan mara eaaa.

OK, tanpa berlengah masa mari kita mulakan (bagi yang Islam tu baca lah bismillah dulu yerr hehe). Mula-mula masukkan URL www.blogger.com ke dalam bar alamat (address bar) pelayar web anda untuk pergi ke laman web Blogger. Kemudian pada laman Blogger tersebut klik butang seperti di bawah
Isikan borang pendaftaran dengan lengkap. Username anda tidak boleh ada ruang jarak atau huruf simbol. Nama blog anda pun mesti unik dan tidak ada orang lain yang buat lagi. Jika nama blog yang anda buat dah ada orang lain buat, anda akan dapat mesej ralat hinggalah nama yang anda buat itu masih tiada dalam database mereka. Untuk itu, fikirkanlah nama-nama yang unik dan canggih-canggih sikit ya.
.
Kemudian buat tajuk (title) pada blog anda. Tajuk pun penting juga tu, sekurang-kurangnya buat tajuk yang orang mudah ingat, yang menyerlah , yang berkaitan dengan apa isi blog kita dan seumpamanya.


Selepas itu, masa untuk pemilihan template pula, ini seperti gambarajah di atas. Template-template yang di sediakan tidaklah banyak sangat seperti template-template yang disediakan oleh servis lain seperti Typepad, Wordpress dan sebagainya. Tetapi ini hanya untuk penyediaan tapak, nanti anda boleh tukar balik template sama ada download dari laman web yang sediakan secara percuma atau pun edit sendiri dari template yang boleh didownload menjadikan ianya unik.

Anda boleh preview terlebih dahulu dengan klik butang preview sebelum memilih template mana yang anda berkenan, dan selepas dah puas hati buat pemilihan tapak ni, anda boleh klik Next. Ikuti langkah-langkah seterusnya hingga anda selesai dan masuk ke bahagian editing. Haaa!! Mudahkan? Itu sahaja lah langkah-langkah awal untuk membina sebuah blog dengan Blogger, ringkas yang amat. Dan nama blog yang kita daftar dengan Blogger ini akhirnya akan menjadi nama domain seperti contoh http://namabloganda.blogspot.com .

Harap anda faham dan dapat membuat proses menyediakan tapak dengan baik dan licin. Selamat maju jaya, hingga ketemu lagi dalam topik-topik seterusnya insyaAllah, wassalam dan selamat belaker :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (65) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.