Assalaamu'alaikum w.b.t... dan selamat sejahtera. Dalam dunia hari ni ada berjuta-juta blog di internet, dalam pelbagai bahasa dan kategori. Tetapi tahukah anda bahawa membina sebuah blog adalah cukup mudah dan tidaklah payah seperti yang disangkakan?
.
Ada banyak penyedia-penyedia platform blog yang kita boleh register percuma dan hanya post sahaja artikel-artikel menggunakan akaun yang disediakan. Antaranya ialah Blogger, Wordpress, Typepad, Livejournal dan sebagainya. Kenapa saya kata membina blog ini adalah begitu mudah? Kerana konsepnya sama sahaja dengan cara anda menyelenggarakan email. Saya yakin, hampir kesemua pengguna yang biasa menggunakan internet ada mempunyai akaun email dan biasa menggunakannya. Mudah sahaja mengendalikan email bukan? Haaa begitulah juga dengan membina blog ini, konsepnya lebih kurang sahaja.
Lihat gambar di atas, ini lah tempat untuk mengisi artikel kita untuk post ke blog (Blogger). Lebih kurang macam tempat menaip surat pada email je. Sebab itu lah saya kata membuat blog ni lebih kurang macam taip kat email sahaja. Tetapi ini cuma asas dalam membuat pengisian artikel pada blog, tetapi dalam hal menghias atau menambah widget pada sidebar, banner dan sebagainya, perlu pada langkah-langkah yang lain pula lah. Yang itu kita abaikan dulu, kita tumpu sahaja pada membuat perkara asasnya dulu.
Untuk itu, bagi yang belum berjinak dengan blog ini, anda boleh lah beransur-ansur untuk mendekatinya dan menjadikannya sebagai teman sampingan anda. Ianya adalah sebagai alternatif kepada yang tak reti langsung dalam menggunakan bahasa html dan membina laman web standard, tetapi mahu mempunyai sebuah laman web dan meluahkan isi hatinya pada dunia. Dengan blog ini, anda bukan sahaja dapat meluahkan isi hati dan menceritakan pengalaman, tetapi banyak lagi kelebihan-kelebihan yang anda boleh buat melaluinya, antara lain dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat, dapat mencari rakan blog, dapat melaporkan peristiwa-peristiwa dan dapat buat duit juga. Kenapa, tak percaya blog dapat buat duit? Hehe sudah ramai yang berjaya buat duit tanpa batasan, so tidak mustahil anda pun boleh. Cuma banyak atau sikit sahaja lah yang membezakan antara individu itu.
Sebelum anda membina blog anda sendiri, beberapa perkara mesti diambil berat. Anda mesti tahu apa tujuan anda membina blog. Jika semata-mata kerana hobi dan suka-suka, maka anda boleh pilih apa sahaja platform blog. Tetapi jika anda mahu menjana pendapatan, maka sila ikuti lagi pembacaan di sini.
Kenapa ia perlu diambil berat lebih-lebih lagi kepada yang baru-baru nak berjinak dengan dunia blog? Kerana kebanyakan cara untuk menjana pendapatan melalui internet memerlukan kepada penyedia blog yang menyokong penggunaan Javascript (coding yang diperlukan untuk mempromosikan iklan, banner dan sebagainya pada blog untuk menjana pendapatan).
Dan adalah perlu kita ketahui bahawa Wordpress mempunyai kelebihan dalam mendapatkan pelawat percuma ke blog kita, dan menyediakan servis-servis template yang menarik, tetapi ia tidak menyokong penggunaan Javascript. Penggunaan Javascript hanya boleh dilakukan setelah anda upgrade akaunnya (anda perlu bayar untuk upgrade). Untuk itu, kepada yang mahu menggunakan servis blog free dan mahu menjana pendapatan menerusi blog tidak sesuailah menggunakan Wordpress. Alternatif bagi anda yang saya syorkan adalah menggunakan Blogger. Blogger adalah milik kepada syarikat gergasi internet yang amat dikenali iaitu Google. Oleh itu, ada jaminan lah sedikit dari konsep ketahanannya. All the best :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)