Assalaamu'alaikum w.b.t.... dan selamat sejahtera. Ada banyak perkara penting yang boleh disenaraikan sebagai panduan kepada blogger-blogger baru. Tapi di sini saya hanya mahu menyentuh kepada 7 tips sahaja yang saya rasakan amat penting sekali untuk diketahui oleh blogger-blogger baru. Dan petua-petua ini mesti bukan sahaja di save dalam kepala otak kita, tetapi hendaklah diamalkan selalu dan jangan diabaikan, terutama bagi yang nak berjaya dalam dunia blog ini. Bagi sesiapa yang tak mahu berjaya dalam blog, ikut suka la ya. Ok panduan-panduan nya adalah seperti berikut;
.
1 - Banyak-banyak lah bersabar : Jangan cepat putus asa sekiranya anda tidak dapat pelawat yang ramai ke blog anda. Adalah menjadi lumrah blog-blog yang baru sememangnya sukar untuk mendapatkan pelawat kerana kedudukannya pada 'page ranking' masih zero, belum diindeks dalam 'Search engines' dan seumpamanya.
2 - Taip mengenai apa yang anda suka : Apabila anda suka, maka anda akan ada keghairahan dalam mengarang dan membuat post ke blog. Baru lah ada isi yang boleh tahan sikit, tak gitu?
3 - Kitaran blog : Kandungan blog yang baik saja tidak cukup. Mesti ada kitaran yang bagus dan antara yang terbaik adalah dengan menyertai Direktori-direktori Blog seperti MyBlogLog, BlogCatalog, Bumpzee dan juga menyertai laman-laman web 'Social Bookmarking sites' seperti StumbleUpon, Technorati, Reddit , Digg dan sebagainya.
4 - Berkawan dengan blogger lain : Haaa, cuba cari seramai kawan yang boleh sebagai geng blogging. Tapi yang anda rasa berbaloi lah, kalau berkawan yang tak berbaloi tu ntah lah , tetapi pandai-pandai lah ya dalam soal nak pilih-pilih kawan ni ;) Blogger lain diibaratkan seperti rakan sekerja, maka terpulang lah kepada anda untuk mencari rakan sekerja yang dapat memberi kerjasama dan saling memahami.
5 - Sentiasa update post : Rajin-rajin lah kemas kini blog anda. Jangan biarkan ia menjadi blog berhantu tanpa penghuni. Buat jadual ataupun sekurang-kurang nya post jugak dalam seminggu. Jangan sampai tak post langsung sudah, nanti blog anda akan dikerumuni jin hehe.
6 - Sentiasa pelajari kaedah atau ilmu-ilmu baru : Ikuti perkembangan semasa dalam dunia blogging, kerana di sana akan ada sentiasa perkara-perkara baru yang boleh membantu anda meningkatkan prestasi blog.
7 - Selalu lah bagi komen di blog orang lain, : nescaya orang pun akan rajin komen kat blog kita. Sekurangnya dapat juga tambah kandungan ayat-ayat atau 'keywords' pada blog dan jadikan blog kita aktif. Penting juga bab komen mengomen ini pada blogger, kerana ia juga boleh meningkatkan mutu blog dalam indeks 'Search engines'. Dan macam-macam lagi yang anda sendiri boleh tanggapinya setelah lama berblogging nanti.
Wassalam w.b.t.. :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)