Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » Ziarah ke Maqam para Imam Mazhab

Maqam para Imam Mazhab
Perkembangan fiqh Islam tidak boleh dilepaskan dari kiprah keempat ulama pencetus mazhab fiqh.

Keempat ulama tersebut mempunyai corak dan kaedah fiqh yang khas sesuai dengan latar belakang keilmuan dan keadaan sosiobudaya masyarakat masing-masing.

Di Kufah yang dekat dengan pusat peradaban Islam ketika itu, muncul Abu Hanifah an-Nu'man bin Tsabit al-Kufi (80-150 H / 699-767 M). Corak rasional (ra'yi) sangat serupa dengan Mazhab Hanafi yang dicetuskan oleh beliau.

Di Tanah Hijaz, Imam Malik bin Anas (93-179 H/714-800 M) tampil dengan corak fiqh dan hadis dengan pemikirannya yang tersohor perihal ra'yu ahl al-Madinah. 

Di Mesir, Imam Abu Abdullah Muhammad bin Idris as-Syafi'e (150-204 H / 767-819 M) melalui fatwa-fatwa terbarunya (qaul al-jadid) banyak menggabungkan rasional seperti mazhab salah seorang gurunya, Abu Hanifah, dan tekstualiti.

Pada tempoh berikutnya, Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal as-Syaibani (164-241 H/780-855 M) tampil menawarkan corak teks. Pemikiran sang tokoh boleh ditelusuri melalui karyanya, Al-Musnad.

Selain jejak pemikiran yang didokumenkan dalam pelbagai sastera, bukti sejarah tersebut juga boleh ditelusuri melalui makam-makam para imam tersebut yang ramai dikunjungi penziarah hingga kini.

Maqam Pencetus Mazhab Hanafi

Maqam Imam Abu Hanifah. Kredit: muslimvillage.com

Imam Abu Hanifah rahimahullah dikebumikan di Tanah Perkuburan al-Khaizaran, belakang Masjid Agung Abu Hanifah an-Nu'man di Kufah. Ketika Agresi AS 2003, kompleks perkuburan ini sempat hancur. Sejumlah pemimpin Dinasti Umayyah dan Abbasiyah banyak dikebumikan di sini, tidak terkecuali para ulama, seperti tokoh sufi Abu Bakar as-Syibli.

Kesederhanaan Maqam Imam Malik 

Maqam Imam Malik dan Imam Nafi'

Imam Malik rahimahullah dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi 'Al-Gharqad. Lokasi terletak di sebelah timur Masjid Nabawi. lni adalah perkuburan penduduk Madinah sejak zaman Rasulullah S.a.w hingga kini. 

Lebih dari 10,000 sahabat, Ahli Bait, keturunan, bapa saudara, dan isteri Rasulullah S.a.w (selain Khadijah dan Maimunah). Di sebelah maqamnya adalah maqam Imam Nafi ', tanpa ada kubah sama sekali, dan nyaris dimakan usia.

Maqam as-Syafie di Kaherah Lama

Maqam Imam as-Syafi'e. Kredit: ahlesunnat.net

Peristirehatan terakhir Imam as-Syafi'e rahimahullah terdapat di dalam Masjid Syafi'e yang terletak di Kaherah Lama. Masjid ini dibina oleh Sultan al-Kamil al-Ayyubi pada 1211 M.

Kompleks perkuburan ini didaulat sebagai makam terbesar di Mesir bagi seorang ulama. Tidak jauh dari makam ini, terdapat maqam Imam as-Suyuthi dan Imam Waki'.

Maqam Imam Hanbali di Baghdad

Maqam Imam Ahmad bin Hanbal. Kredit: islammircals.blogspot.com

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bab Harb yang tertelak di kawasan el-Hibna, sebelah barat Perkuburan Quraisy. Selain Sang Imam, banyak nama yang dikebumikan di sini, di antaranya sejarawan al-Khathib al-Baghdadi.

-Tulisan asal oleh Nashih Nashrullah-



p/s: Al-Fatihah kepada mereka .......

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (109) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (162) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)