Berita Terkini

Teguran terhadap ulama UMNO - Dr MAZA



Teguran terhadap ulama UMNO - Dr MAZA
Ulama-ulama muda UMNO selalu berhujjah dengan membawa hadits di bawah ini sebagai alasan tidak boleh menegur pemimpin negara secara terbuka.

"Barangsiapa yang ingin menasihati sultan (pemerintah) maka janganlah dilakukan secara terang-terangan (terbuka) tetapi hendaklah dia duduk berdua dengannya dan mendekatinya maka sekiranya dia menerima nasihatnya itu maka itulah (yang terbaik) tetapi sekiranya enggan maka dia telah laksanakan tanggungjawabnya."

Dalam hadis sahih yang lain Rasulullah s.a.w telah bersabda maksudnya, "Maafkanlah kesalahan-kesalahan orang-orang kenamaan dari kalangan kamu." (Hadits riwayat Ahmad dan Abu Daud)

"Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunnahku dengan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu." (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

Mereka agaknya lupa bahawa hadits-hadits di atas menyebut tentang ADAB menegur pemimpin, dan bukannya MENGHARAMKAN kaedah menegur yang selain itu. Lebih-lebih lagi kesalahan menjelaskan konteks hadits "Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu." Hadits itu menunjukkan bahawa rakyat disuruh taat saja jika tidak mempunyai keupayaan mempertahankan diri. Ataupun jika melawan, akan menimbulkan banyak kerosakan lagi pada diri , keluarga mereka dan orang lain.

Tetapi kita pada hari ini, mempunyai keupayaan untuk melawan jika kita dizalimi. Kita boleh mengadu kepada pelbagai organisasi atau pertubuhan, dan boleh menyatakan bantahan secara terbuka.

Cuma yang dilarang ialah kita keluar membawa senjata untuk menentang kerajaan. Jika kita keluar membawa senjata, ianya seumpama puak Khawarij yang keluar menentang pemerintahan khilafah dulu. Walaupun sebenarnya, kesilapan Khawarij dulu ialah menentang khilafah yang MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG ISLAM. Kerajaan kita sekarang tidak pun menegakkan Undang-undang Islam.

"Tidaklah menyembunyikan seorang hamba itu akan kesalahan hamba yang lain melainkan Allah akan menyembunyikan kesalahanya pada hari kiamat." (Hadis riwayat Muslim)

Sememangnya menyembunyikan kesalahan orang lain dan menjaga maruahnya dituntut dalam Islam dan termasuk dalam ilmu akhlak. Tetapi perlu dilihat juga kesalahan yang macam mana yang mahu ditutup? Jika kesalahan itu tidak dilakukan dengan terang-terang, dan mungkin tidak mendatangkan kemudharatan kepada orang ramai, maka ia sebaiknya dirahsiakan dan jangan dibuka aib pelakunya.

Imam Ahmad r.a mengatakan, “Manusia memerlukan kesopanan dan kelembutan dalam melaksanakan suruhan kepada perkara makruf, tanpa kekerasan melainkan lelaki yang menonjolkan dan terang-terangan melakukan kefasikan dan kerosakan maka wajib ke atas kamu mencegahnya dan menzahirkan perbuatannya itu kerana seorang yang fasiq itu tidak mempunyai kehormatan dan dia tiada maruah.” (Al-Amru Bil Makruf wa Nahyu ‘An Mungkar, karangan Imam Al-Khallal, m/s 35)

Penjelasan lebih lanjut dalam video oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin di atas .......


Bagaimana ulama-ulama UMNO itu boleh melupakan hadits-hadits berikut;

"Jihad yang paling utama ialah berkata benar di hadapan pemimpin yang menyeleweng." (Hadits riwayat Tirmizi dan Abu Daud - Hadits hasan)

“Agama adalah nasihat. Kami (sahabat) bertanya: Kepada siapa? Berkata Rasulullah: Kepada Allah dan kepada kitabNya serta RasulNya dan juga para pemimpin orang Islam dan semua umat Islam.”(Hadits Riwayat Muslim)

Dari Abu Said Al-Khudri: "Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu dengan lidahnya, jika tidak mampu dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman." (Hadits riwayat Muslim)

Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, mengambil tangan orang yang zalim (yakni menghentikan kezalimannya) serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan (membencikan) hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka (Bani Israil).”  (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan).

"Setiap muslim dituntut mendengar dan mentaati pemimpin dalam perkara yang mereka suka ataupun benci melainkan jika disuruh melakukan maksiat. Pada masa ini tidak ada lagi tuntutan supaya mendengar dan taat." (Hadits Riwayat Muslim)

Imam Nawawi menyatakan: “Dan makna hadis ini adalah, jangan kamu menentang kekuasaan ulil amri (pemimpin) dan janganlah kamu membangkang melainkan apabila kamu melihat kemungkaran yang nyata daripada mereka, yang kamu ketahui bahawa perkara tersebut termasuk tunjang-tunjang Islam (min qowaa’idil Islaam). Apabila kamu melihat seperti itu, maka ingkarilah dan sampaikanlah yang benar di mana pun kamu berada. Adapun memisahkan diri keluar dari ketaatan kepadanya dan memusuhi (atau memerangi) mereka, adalah haram berdasarkan ijma’ muslimin (umat Islam), walaupun pemimpin tersebut termasuk orang-orang yang fasiq lagi zalim.” (Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari, 13/8).

Aisyah berkata: "Seorang wanita dalam suku Makhzum pernah meminjam barang, namun dia mengingkarinya. Lalu Nabi S.A.W memerintahkan memotong tangannya. Keluarga wanita itu mendatangi Usamah bin Zaid untuk memohon pengecualian kepada Nabi. Lalu Usamah membicarakan hal itu kepada Nabi. Mendengar hal, itu Nabi bersabda: ”Wahai Usamah, aku tidak ingin melihatmu memintakan pengecualian berkenaan hukum had yang telah ditetapkan Allah S.W.T.” Setelah itu Nabi berdiri dan berkhutbah: ”Sesungguhnya kebinasaan orang sebelum kalian dulu adalah membiarkan orang mulia yang mencuri tanpa dijatuhi hukuman. Sedangkan jika ada golongan lemah yang mencuri, maka dia dijatuhi hukuman potong tangan. Demi Allah, seandainya Fatimah mencuri, pasti ku potong tangannya.” Lalu tangan wanita Makhzum itu dipotong." (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

Sedangkan anak nabi sendiri jika melakukan kejahatan, maka akan dijatuhkan hukuman, apatah lagi pemimpin biasa zaman sekarang. Adakah pemimpin boleh lakukan apa saja tanpa dibantah dan ditegur? Jangan sampai kita melihat hadits nabi membiarkan pemimpin berbuat apa saja sesuka hati mereka. Pemimpin boleh mengambil kesempatan untuk berbuat apa saja jika hadits berkenaan menegur pemimpin itu salah ditafsirkan.

Imam Nawawi dulu pernah bangkit memberi amaran kepada pemerintah. Begitu juga ramai lagi ulama besar lain. Maka adakah mereka berdosa melakukan sedemikian?

Hukum Allah wajib dilaksanakan ke atas semua, termasuklah pemimpin. Hukum-hakam dalam Islam bukan hanya untuk rakyat sahaja tetapi juga ke atas pemimpin. Ini yang perlu kita faham dengan sebaiknya.

“Tidak ada ketaatan terhadap seseorang dalam mendurhakai Allah Yang Suci dan Maha Luhur.” (Hadits riwayat Imam Ahmad)

Rujukan:

1 - solleh-alfatimi.blogspot.com
2 - abinajwan.com



Cara memahami hadits - Dr MAZA


Bacaan berkaitan:





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.