Berita Terkini

Pengurup wang kena samun RM700,000 di Pulau Pinang

GEORGETOWN - Seorang pengurus sebuah syarikat pengurup wang kerugian RM700,000 apabila disamun di tempat letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini pagi tadi.

Mangsa yang berumur sekitar 50-an itu turut cedera pada tangan kanannya akibat ditetak oleh seorang lelaki dengan parang dalam kejadian 6.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zain berkata kejadian berlaku sebaik sahaja mangsa memberhentikan keretanya di tempat kejadian apabila tiba-tiba seorang lelaki berusia lingkungan 20-an membuka pintu kereta itu dan mengarahkan mangsa menyerahkan beg yang dibawanya yang mengandungi pelbagai mata wang bernilai RM700,000.

"Apabila mangsa cuba mempertahankan beg itu, suspek yang bersenjatakan parang bertindak menyerang mangsa dengan menetak tangan kanannya sebelum melarikan beg itu," kata Hatta kepada Bernama.

Suspek melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu bersama rakannya yang menunggu di dalam kereta itu tidak jauh dari tempat kejadian.

Beliau berkata mangsa yang sepatutnya menaiki pesawat ke Kuala Lumpur untuk urusan perniagaan telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Hatta berkata polis telah melancarkan operasi bagi mengesan kedua-dua suspek kerana melakukan samun bersenjata yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan.

[BERNAMA]


So, bila lagi nak jalankan Hukum Hudud ni? Bila lagi nak tegakkan Undang-undang Islam? Atau biarkan saja perompak-perompak berleluasa? Biarkan, biarkan, biarkan begitu saja, ih ih ih ih ih .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.